Senarai Sektor Yang Dibenarkan Oleh MITI Mulai 1 Jun (PKP Penuh)

SENARAI SEKTOR PEMBUATAN DAN PERKHIDMATANNYA YANG BERKAITAN DIBENARKAN BEROPERASI SEPANJANG PKP BERMULA 1 – 14 JUN TERTAKLUK KEPADA KELULUSAN MITI

Berikutan keputusan Kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula dari 1 hingga 14 Jun 2021, sektor perkhidmatan perlu yang disenaraikan di dalam lampiran di bawah dibenarkan untuk beroperasi, dengan syarat mendapat surat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang boleh dimuatturun daripada portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.

Sektor pembuatan dan MRS yang dibenarkan beroperasi akan memastikan gangguan minima kepada rantaian bekalan komponen dan produk siap kritikal.

Ini adalah penting bagi menjamin kelangsungan operasi infrastruktur kritikal seperti keselamatan, kesihatan awam dan sistem informasi dan telekomunikasi serta memastikan bekalan keperluan asas mencukupi untuk Rakyat.

Senarai Sektor Yang Dibenarkan Beroperasi & Perlu Surat Kebenaran Oleh MITI

Permohonan bagi pembuatan dan perkhidmatannya yang berkaitan sahaja boleh memohon di MITI:

https://notification.miti.gov.my/login

LAMPIRAN 1

SENARAI SEKTOR PEMBUATAN DAN PERKHIDMATANNYA YANG BERKAITAN YANG DIBENARKAN BEROPERASI SEPANJANG PKP BERMULA DARI 1 – 14 JUN 2021

Kapasiti (60% pekerja):

  1. Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul – MRO)
  2. Makanan dan minuman
  3. Bahan pembungkusan dan percetakan
  4. Barang-barang penjagaan diri, dan bahan pencuci
  5. Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet
  6. Peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan
    peralatan keselamatan kebakaran
  7. Komponen bagi peranti perubatan
  8. Elektrikal dan Elektronik
  9. Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia
  10. Produk kimia
  11. Mesin dan peralatan
  12. Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja
  13. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan
    bahan api dan pelincir

Siapsiaga (warm idle) (10% pekerja):

  1. Automotif (kenderaan dan komponen)
  2. Besi dan Keluli
  3. Simen
  4. Gelas
  5. Seramik

Sila rujuk: CIMS MITI: Surat Permohonan Beroperasi Syarikat PKP 3.0

Sektor Perniagaan Yang Dibenarkan Beroperasi Dalam PKP Penuh

Selain sektor di atas, sektor perniagaan ini juga dibenarkan beroperasi dan perlu mendapatkan surat kebenaran MITI.

  1. Kompleks membeli belah / shopping mall TIDAK DIBENARKAN KECUALI premis perniagaan yang dibenarkan seperti kedai runcit, makanan, dan sektor perlu yang disebutkan.
  2. PASAR RAYA DIBENARKAN namun terhad kepada sektor keperluan asas sahaja seperti makanan, makanan haiwan dan yang disebutkan di atas.
  3. RESTORAN, GERAI DAN OUTLET MAKANAN DIBENARKAN hanya untuk bawa pulang atau penghantaran (delivery)
  4. Stesen minyak dibenarkan.
  5. Dobi dibenarkan termasuk dobi layan diri
  6. Kedai haiwan / makanan haiwan dibenarkan
  7. Kedai cermin mata dibenarkan
  8. Kedai hardware dibenarkan
  9. Bengkel kenderaan dibenarkan
  10. E-dagang dibenarkan
  11. Pemborongan & pengedaran di bawah perkhidmatan perlu dibenarkan.
permohonan beroperasi kpdnhep
permohonan beroperasi kpdnhep
permohonan beroperasi kpdnhep

Sila rujuk: Panduan Kemaskini Pendaftaran Pekerja CIMS

SOP Umum MITI

  • Pekerja di sektor pembuatan dan MRS memerlukan surat kelulusan MITI, surat pengesahan lantikan daripada majikan atau kad pekerja untuk pergerakan mereka ke tempat kerja.
  • Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa mengenai kapasiti tenaga kerja dikekalkan pada kadar 60%. Syarikat pembuatan dalam sektor yang hanya dibenarkan untuk meletakkan mesin di dalam status siap siaga perlu memuat turun surat kelulusan MITI melalui CIMS 3.0, tertakluk pada kapasiti tenaga kerja pada kadar 10%.
  • Sektor pembuatan dan MRS yang dibenarkan beroperasi wajib memastikan pematuhan ketat ke atas SOP oleh MKN dan MITI.
  • Kegagalan mematuhi SOP adalah satu kesalahan dan boleh mengakibatkan kompaun dan / atau penutupan premis.
  • Untuk memastikan pematuhan SOP yang berkesan, langkah penguatkuasaan yang komprehensif dan ketat akan dilakukan oleh agensi penguatkuasaan Persekutuan dan Negeri.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.miti.gov.my/ atau hubungi 03-6208 4949.

Sumber: MITI Malaysia

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: