Cara Refund Duit Dalam Kad Touch n Go Yang Rosak, Hilang, Expired

Cara Dapatkan Balik Duit (Refund) Dalam Kad Touch n Go Yang Rosak, Hilang & Expired

Ramai antara kita yang menggunakan Touch n Go untuk pelbagai keperluan harian, pergi dan balik kerja, atau ada juga yang hanya menggunakannya sekali-sekala.

Kerap berlaku pengguna tercicir kad Touch n Go, hilang, atau kad tiba-tiba tak berfungsi / rosak.

Untuk makluman, kad Touch ‘n Go anda juga mempunyai jangka hayat selama 10 tahun.

Selepas tarikh luput, kad tidak boleh digunakan dan anda harus tukar ganti kad baharu untuk terus menggunakan perkhidmatan Touch ‘n Go.

Kalau masih ada baki dalam kad TNG anda yang hilang / rosak / expired tu, anda boleh minta ‘refund’ ya.

Pergi website Touch n Go, dan klik bahagian ‘E-refund’.

Kalau boleh, sebaik saja anda dapat kad TNG, terus daftar online siap-siap. Sebab proses e-Refund Touch n Go memerlukan 10 nombor yang tertera di belakang kad TNG anda. Jadi kalau kad dah hilang, susahlah kalau nak minta refund nanti kan?

Di situ kalau anda dah daftar dan log in, anda boleh semak berapa baki dan nak top up pun boleh.

Di sini kami kongsikan cara refund Touch n Go untuk kad yang hilang, rosak atau dah expired.

Cara Refund Touch n Go Untuk Kad Yang Hilang, Dicuri, Expired Atau Rosak

  1. Perkhidmatan e-Refund Touch ‘n Go ditawarkan kepada pelanggan yang telah mendaftarkan kad mereka di MyTouchnGo Portal.
  2. Jika anda merupakan pelanggan baru atau pelanggan yang sedia ada yang masih belum mendaftar, sila daftar terlebih dahulu di sini.
  3. Setalah mendaftar kad Touch ‘n Go anda di MyTouchnGo Portal, anda boleh mengurus kad anda dengan melihat transaksi anda, semak e-penyata anda, kemas kini maklumat peribadi anda dan mendapat balik baki jika kad anda hilang atau dicuri.
  4. Pembayaran e-Refund akan dikreditkan ke akaun pilihan anda dengan syarat berikut:
    • Pemegang Akaun Malaysia
      • Sila pastikan Nama Pemilik Bank Akaun dan ID Pelanggan sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.
      • * Pembayaran e-Refund ke Akaun Pihak Ketiga tidak dibenarkan.
    • Pemegang Akaun Asing
      • Pembayaran kepada akaun bank asing akan dibuat melalui Pindahan Telegraf (TT).
      • Sila pastikan nama Pemegang Akaun bank, Nombor Akaun Bank, Nama Bank, Alamat Bank dan Swift Code sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.
      • * Pembayaran e-Refund kepada Pemegang Akaun Asing hanya buat jumlah bayaran balik melebihi RM100.
    • Touch ‘n Go eWallet
      • Sila pastikan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon yang didaftar di MyTouchnGo Portal sama dengan butiran di akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.
      • * Pembayaran e-Refund ke Touch ‘n Go eWallet hanya buat akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.
  5. Permohonan e-Refund kad Touch ‘n Go anda akan diproses dalam tempoh (30) hari bermula daripada tarikh penghantaran borang e-Refund oleh pelanggan.
  6. Bagi permohonan e-Refund buat kad Touch ‘n Go yang hilang atau dicuri, jumlah pembayaran balik baki kad adalah berdasarkan kepada jumlah nilai yang direkodkan pada tarikh permohonan e-Refund tersebut.
  7. Bagi bantuan selanjutnya, sila hubungi :
refund touch n go

Permohonan e-Refund kad Touch ‘n Go anda akan diproses dalam tempoh (30) hari bermula daripada tarikh penghantaran borang e-Refund oleh pelanggan.

Wang baki akan dikreditkan ke akaun bank anda atau eWallet TNG yang telah disahkan.

Ini contoh yang dah berjaya refund.

kad touch n go hilang refund

Senarai lokasi untuk pembelian kad baharu Touch n Go – https://www.touchngo.com.my/…/touch-n-go-card/buy-a-card

Tekan sini untuk memulakan permohonan e-Refund anda.

Baca juga:

Jangan Lupa Daftar Online Dulu OK!

Kalau kad dah hilang, anda pun tak tahu 10 nombor belakang kad dan masa tu la baru nak daftar mungkin tiada harapan untuk TNG refund semula baki kad dalam itu kerana mereka tiada data rekod transaksi kad TNG tersebut.

Jadi, bagi yang belum daftar, sila daftar dulu ok!

Maklumat lanjut, sila layari pautan beirkut: https://customerservice.touchngo.com.my/erefund/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: