Pulau Pangkor, Pulau Redang, Pulau Tioman Dan Pulau Perhentian Akan Dibuka Dalam Masa Terdekat!

Selepas Pulau Langkawi, beberapa lagi destinasi pelancongan yang dijangka akan dibuka kepada orang ramai dalam masa terdekat ini iaitu Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Tioman dan Pulau Pangkor.

Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pembukaan lebih banyak destinasi pelancongan adalah sebagai usaha merancakkan semula pelancongan domestik yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Pulau Pangkor, Redang, Tioman dijangka dibuka dalam masa terdekat [METROTV]

Katanya lagi kementerian sendiri turut melaksanakan inisiatif bukan kewangan dalam memberikan beberapa kelonggaran kepada syarikat pelancongan Berkaitan Kelonggaran Kompaun, Pengecualian Fi Kepada Pengusaha Pelancongan dan Kelonggaran Syarat Lesen Kepada Pengusaha Pelancongan.

Antara sebab Pulau Langkawi dipilih sebagai destinasi perlancongan pertama yang dibuka adalah kerana populasi yang besar dan hanya fokus kepada pulau itu sahaja serta mempunyai lapangan terbang antrabangsa.

“Apabila Langkawi ini sudah menjadi projek rintis yang berjaya, kita akan bukakan pelancongan antara negeri (interstate travel) sedikit masa lagi, kerana sudah banyak negeri mencapai Fasa ke-4 dan pelancong itu mestilah lengkap 2 dos suntikan.” katanya.

Sebagai permulaan Pulau Langkawi sudah dipilih sebagai destinasi rintis gelembung perlancongan bermula 16 September 2021.

Sekiranya berjaya lebih banyak gelembong yang berpotensi akan di teruskan ke destinasi peranginan lain seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Pangkor dan Pulau Tioman.

Katanya di Dewan Rakyat di Parlimen, pada Isnin.

Sumber: Metro

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: