Cara Check Baki Kad Touch N Go Online / Guna IC

Adakah anda pengguna Touch N Go yang selalu Scan dekat Tol dengan IC atau kad pengenalan tapi tak tahu cara nak check baki?

Setiap kali lalu tol, mesti tertanya-tanya berapa baki dalam kad.

Risaulah takut cukup ke tak cukup kan?

Tapi bila tak ingat berapa baki dalam tu, cara paling selamat pergilah top up dulu kan. Tapi satu hal pula nak cari kaunter top up semua.

Bila scan lah rupanya banyak lagi baki dalam tu, rasa rugi pula dah kena beratur panjang.

Sebenarnya kita boleh buat semakan secara online je tau. Tak perlu nak pergi ke kaunter top up tu kalau terlupa baki.

Dalam sebuah perkongsian di page Jimat Kaki, telah dikongsikan cara nak check baki Touch n Go dalam IC step by step. Rupanya ramai masih belum tahu.

Jadi di sini kami kongsikannya semula untuk makluman bersama.

Semoga bermanfaat!

Cara Check Baki Touch N Go Guna IC / Kad TNG

Untuk makluman semua, kita boleh guna TNG App untuk cek baki kad – tak kiralah sama ada kad TNG, mahupun yang guna IC. Dua-dua boleh check baki ye!

Kad Watsons pon boleh masukkan, asalkan kad tu boleh guna untuk TNG boleh masukkan dalam App.

Caranya seperti berikut: (Kalau nak lebih jelas boleh rujuk dalam panduan bergambar ok)

  1. Buka App TNG
  2. Tap “TNG Card”
  3. Tap “Add A New Card”
  4. Masukkan No Kad & Nama Kad:
    • untuk no kad TNG/Watsons boleh cek di belakang kad
    • untuk IC, korang boleh cek serial No/MFG No kat resit yang korang dapat masa reload TNG guna IC!
  5. Lepas tu “Tap Submit”! Siap
Check baki touch n go
Check baki touch n go

Selain semakan baki, anda juga boleh dapatkan statement penggunaan kad TNG dan hantar ke email juga.

Dah tak perlu susah hati nak fikir baki kad ada berapa. Mudah kalau kita semak dulu guna App TNG ni kan?

Bagi yang belum mendaftar dan tak tahu cara nak daftar MFG no tu, boleh rujuk di sini:

Selamat mencuba.

Sumber asal: https://www.savingkaki.com/bm/cara-cek-baki-tng-dalam-ic-step-by-step/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: