Permohonan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor 2022
Biasiswa Wanita Berdaya Selangor kini DIBUKA
Biasiswa WBS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha melaksanakan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH).
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang biasiswa ini dan cara membuat permohonan online.
Apakah Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS)?
Dilancarkan pada tahun 2021 oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita & Keluarga Negeri Selangor YB Dr Siti Mariah melalui WBS sebagai agensi pelaksana, biasiswa bermatlamat menyediakan wanita yang berilmu pengetahuan dan berkompetensi tinggi menerusi pendidikan yang berterusan, senada dengan aspirasi Dasar Wanita Selangor dalam Titik Tumpuan 3- Kepimpinan & Perwakilan.
Penubuhan Wanita Berdaya Selangor (WBS) telah diilhamkan pada tahun 2020 bagi merealisasikan Dasar Wanita Selangor untuk mendayaupaya wanita menerusi tiga (3) teras utama iaitu Badan Pemikir, Pembinaan Kapasiti dan Program Pemberdayaan Wanita.
Komitmen kerajaan negeri selama 13 tahun bagi mendayaupaya wanita dizahirkan menerusi inisiatif penubuhan Pusat Wanita Berdaya (dulu dikenali sebagai Pusat Komuniti Wanita), Insititut Wanita Berdaya dan Akademi Kepimpinan Wanita.
Hasrat WBS adalah menjadi peneraju kepada usaha pendayaupayaan wanita dan masyarakat yang diiktiraf serta terkemuka dalam sektor; Kepimpinan, Pendidikan, Kekeluargaan,Ekonomi, Kesihatan dan Sosial.
Syarat Kelayakan
Kategori Orang Awam
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun dan merupakan pengundi di Selangor.
- Wanita berumur 21 tahun hingga 40 tahun.
- Minat dan aktif dalam kerja kemasyarakatan.
- Memenuhi syarat kelayakan kursus yang ingin dipohon (sila rujuk maklumat kursus di laman web Open University Malaysia)*
Kategori Alumni Akademi Kepimpinan Wanita (AKW)
- Mengikuti program AKW sehingga tamat pengajian.
- Berumur 21 tahun hingga 40 tahun.
- Menamatkan pengajian di AKW dan telah bergraduasi.
- Memenuhi syarat kelayakan kursus yang ingin dipohon (sila rujuk maklumat kursus di laman web Open University Malaysia)*
*Pengkhususan kepada kursus-kursus Sains Sosial, Gender, Sumber Manusia, Perniagaan, dan Sains Politik.
Baca juga: MyCRS: Permohonan Subsidi Carseat Kanak-kanak 2022
Senarai Kursus Yang Ditawarkan
Diploma
– Diploma in Management
– Diploma in Human Resources Management
Degree
– Bachelor of Marketing with Honours
– Bachelor of Business Administration with Honours
– Bachelor of Management with Honours
– Bachelor of Human Resource Management with Honours
– Bachelor Of Political Science With Honours
– Bachelor Of Liberal Studies With Honours
Master
– Master of Project Management
– Master of Management
– Master of Business Administration
– Master of Human Resource Management
Tarikh Permohonan
Tarikh Tutup: 15 MAC 2022
Ambilan Mei 2022
Cara Permohonan
1. Baca dengan teliti borang sebelum diisi dan kemudian beri butir-butir yang dikehendaki dengan lengkap menggunakan HURUF BESAR.
2. Salinan KAD PENGENALAN, GAMBAR BERUKURAN PASPOT serta RESUME hendaklah di e-mel ke [email protected] (Tulis NAMA PENUH – PPSH KOHORT 2 di subject e-mel)
KENYATAAN PERIBADI PERMOHONAN BIASISWA WANITA BERDAYA SELANGOR:
Mengapakah anda berminat untuk melanjutkan pelajaran? Mengapa biasiswa tajaan WBS wajar diberikan kepada anda? Apakah yang ingin anda sumbangkan kepada masyarakat?
(Minima 150 patah perkataan)
3. Permohonan yang tidak lengkaptidak akan diproses.
4. Medium perhubungan utama ialah melalui E-MEL. Pastikan anda memeriksa e-mel untuk mengetahui keputusan permohonan.
Pautan borang: PERMOHONAN BIASISWA WANITA BERDAYA SELANGOR (WBS 2022)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila ke pautan laman web rasmi https://www.wbselangor.com.my/biasiswa-wanita-berdaya-selangor/
Wanita Berdaya Selangor Sdn. Bhd.
IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam
Ground Floor, Jalan Pahat L 15/L, Section 15, 40200
Shah Alam, Selangor.
+603 5545 4879
Anjuran Bersama:
Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor & Wanita Berdaya Selangor (WBS)
Capailah impianmu, wanita!