Cara Halau Ular Dalam Rumah. Hanya Guna Semburan Racun Baygon!

Pernah tak anda berada dalam situasi dimana rumah anda di masuki ular?. Masa itu, mesti keadaan orang di dalam rumah sudah panik dan gelisah akan makluk yang tak diundang itu kan?.

Mana tak nya, serangga berbisa seperti kala jengking, lebah atau labah-labah pun kita sudah takut jika memasuki rumah. Inikan pula ular yang sudah tentu sangat berbisa. Tambahan pula di musim panas ini, memang ular akan mencari tempat-tempat sejuk untuk berteduh seperti di dalam bilik air.

Sudah banyak cerita tentang ular memasuki rumah dan bersembunyi di bilik air, belakang almari di dapur atau kawasan yang sejuk. Lagi-lagi rumah yang berdekatan dengan hutan atau semak samun, pasti senang untuk binatang berbisa itu muncul dan bersembunyi di rumah anda. Bahayanya!

Menerusi perkongsian daripada facebook Nurul Adilah Mohd Fathilah, rumah nya telah dimasuki ular dan bomba berpesan:

“Simpan satu semburan racun Baygon jenis ini di rumah. InsyaAllah ia berkesan untuk halau Ular, Malah kadang kadang mampu untuk membunuh ular”.

Baygon Spray cockroach& Fly Killer 570ml | Lazada
sumber: goggle.

Jelanya lagi, “Semalam memang dia sembur dikawasan yang dikatakan tempat persembunyian ular untuk halau ular keluar. Bomba pun pakai yang ini je katanya. Berdesup keme keluar pergi beli , iyele atenye ulornye tak dijumpai semalam”.

May be an image of 1 person and standing

Pesanan kakyong: Bermakna semburan racun ini agak ‘kuat’, maka berhati hati bila menggunakannya, takut sesak nafas.

Jadi pastikan anda mengambil tindakan berjaga-jaga semasa dan selepas menggunakan semburan beracun Baygon ini. Pastikan anda meletakkan bahan beracun ini di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak.

Sumber: Nurul Adilah Mohd Fathilah

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: