Pemeriksaan PUSPAKOM Percuma 2-12 Mei 2021 Sempena Hari Raya

PEMERIKSAAN PUSPAKOM PERCUMA DARI 2 – 12 MEI 2021 SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Walaupun musim perayaan ini kita tidak dibenarkan merentas negeri untuk pulang ke kampung, namun keselamatan kenderaan masih perlu dititikberatkan kerana kenderaan masih lagi digunakan untuk bergerak melakukan aktiviti harian seperti pergi bekerja dan membeli barang keperluan.

Pemeriksaan Percuma PUSPAKOM – Voluntary Vehicle Inspection (VVI)

Selari dengan itu, PUSPAKOM menganjurkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela (Voluntary Vehicle Inspection – VVI) PERCUMA sempena Hari Raya Aidilfitri.

Terdapat 25 item yang akan diperiksa iaitu termasuk ujian brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, cermin gelap, bahagian atas dan bawah kenderaan dan banyak lagi.

pemeriksaan puspakom percuma

Lokasi Pemeriksaan

Kempen VVI percuma ini dianjurkan khusus untuk kenderaan persendirian di mana pemilik-pemilik kenderaan boleh membawa kenderaan mereka di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali PUSPAKOM Shah Alam dan Pasir Gudang) untuk menjalani pemeriksaan percuma ini.

Selain di cawangan ini, Unit Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM akan turut berada di 2 lokasi bagi menawarkan pemeriksaan percuma ini iaitu di Wisma DRB-HICOM Shah Alam pada 3 Mei dan di Perkarangan Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada 8 Mei 2021 dengan kerjasama Persatuan pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK).

Unit Pemeriksaan Bergerak ini akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang pada tarikh tersebut.

Sumber infografik: BERNAMA

Baca juga: Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Hari Raya 2021: PosLaju, NinjaVan, J&T

Tarikh / Masa Pemeriksaan Percuma PUSPAKOM

Tarikh pemeriksaan percuma ini adalah mulai 2 hingga 12 Mei 2021 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Temujanji Dalam Talian

Bagi memastikan para pelanggan yang hadir pemeriksaan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga bagi mengelak daripada kesesakan di cawangan PUSPAKOM, semua pelanggan yang ingin menjalani pemeriksaan percuma ini dikehendaki membuat temujanji dalam talian terlebih dahulu.

Untuk membuat temujanji, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web www.mypuspakom.com.my
  2. Daftar sebagai pengguna.
  3. Login dan isikan maklumat temujanji.
  4. Buat bayaran fi pemprosesan (fi ini akan dipulangkan setelah pemeriksaan selesai).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUSPAKOM di talian 03-5101 7000 atau LIVE Chat di www.puspakom.com.my atau dapatkan info terkini di Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn Bhd.

Rujuk pautan berikut untuk kenyataan penuh PUSPAKOM https://www.puspakom.com.my/puspakom-tawar-pemeriksaan…/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: