in

Air Selangor: Semakan Kawasan Terjejas Bekalan Air 13-16 Oktober 2021

ADVERTISEMENT

SEMAKAN KAWASAN YANG MENGALAMI GANGGUAN BEKALAN AIR DI SELANGOR DARI 13 HINGGA 16 OKTOBER 2021.

Air Selangor ingin memaklumkan mengenai pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

ADVERTISEMENT

Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor bermula jam 9:00 pagi, 13 Oktober 2021 dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9:00 malam, 16 Oktober 2021.

Pelaksanaan kerja-kerja ini telah tertangguh daripada jadual asal iaitu pada tahun 2019 dan 2020 berikutan insiden pencemaran air yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berskala besar. Pelaksanaan kerja-kerja ini telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menaiktaraf sistem bekalan air demi keselesaan para pengguna pada masa hadapan.

Justeru itu, Air Selangor ingin menasihatkan para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

Air selangor
Air selangor
Air selangor
Air selangor
Air selangor
Air selangor
Air selangor

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi AirSelangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi AirSelangor.

Baca juga: Sijil Vaksin MySejahtera Kini Boleh Dicetak Untuk Perjalanan Tempatan & Luar Negara

Semakan Kawasan Yang Terjejas Air Di Selangor

Untuk mengetahui kawasan yang terlibat dan maklumat terkini bekalan air, sila rujuk pautan ini: http://hentitugas.airselangor.com atau muat turun aplikasi AirSelangor.

Anda boleh memeriksa samada kawasan perumahan anda terjejas dengan gangguan bekalan air dengan cari kawasan tersebut pada “CARI MENGIKUT SENARAI KAWASAN” atau ‘CARI BERDASARKAN PETA”.

Sistem akan memaklumkan anda mengenai kawasan yang terjejas, tempoh gangguan bekalan air serta masa pemulihan bekalan air.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ds ismail sabri timbalan perdana menteri

Rentas Negeri Dibenarkan Mulai Esok! (11 Oktober 2021)

Malaysia Airlines (MAS) Tawar Tiket Serendah RM59 Dari 10-31 Oktober