Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT): Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT): Cara Mohon & Syarat Kelayakan | Bagi usahawan dalam talian (online), jangan lepaskan peluang untuk memohon Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) bagi membantu mengembangkan lagi perniagaan anda. \
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT)
Skim Pembiayaan Online Tekun (SPOT) adalah sebuah skim pembiayaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN) iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Skim pembiayaan berasaskan Tawarruq ini adalah khusus untuk usahawan yang menjalankan perniagaan menerusi medium atas talian (online business) bagi merancak serta mengembangkan perniagaan mereka dengan tempoh pembiayaan sehingga 60 bulan @ 5 tahun.
BACA JUGA: Qaseh Biz-i Bank Rakyat – Pakej Pembiayaan Untuk Usahawan Wanita
Kumpulan Sasar
- Peniaga yang menjalankan perniagaan menerusi medium atas talian (online business)
- Keutamaan diberikan kepada peniaga online business yang menggunakan platform perniagaan seperti MyMall, Shopee, Lazada, Zalora dan lain-lain
Jumlah Pembiayaan
- RM1,000 – RM5,000 bagi usahawan informal
- RM1,000 – RM20,000 bagi usahawan baru yang mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM)
Syarat Kelayakan Skim Pembiayaan Online TEKUN
- Bumiputera dan Warganegara Malaysia (Masyarakat India bagi SPUMI)
- Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
- Pemohon bukan seorang muflis
- Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia (Syarikat 100% hak milik Masyarakat India bagi SPUMI)
- Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
- Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
- Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
- Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda)
- Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000)
- Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
- Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
- Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
- Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh syariah
NOTA: Penerima biaya TEKUN sedia ada (lain-lain produk) tidak layak memohon SPOT kecuali akaun yang berstatus ‘selesai bayar’ atau ‘tutup tamat’
Cara Memohon
Permohonan hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa.
Untuk senarai penuh cawangan TEKUN, sila layari laman web TEKUN di alamat https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/ \
Dokumen Asas Diperlukan
Pemohon hanya perlu mengemukakan Borang Permohonan Pembiayaan dan dokumen tambahan (jika berkenaan) seperti berikut:
1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)
2.Lesen / Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM)
Atau
Pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
3.Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
4.Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank akaun Simpanan / akaun Semasa yang mengandungi nama / syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank
5.Dokumen tambahan (jika berkenaan)
BACA JUGA: Sumbangan Tunai Rahmah 2024 – Kemaskini Maklumat & Tarikh Permohonan Baru
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari/hubungi:
- Telefon: 03-9059 8888
- Emel: [email protected]
- Laman web: https://www.tekun.gov.my/ms/usahawan-tekun/skim-pembiayaan-online-tekun-spot/