Sumbangan Tunai Rahmah 2024: Kemaskini Maklumat & Tarikh Permohonan Baru

Sumbangan Tunai Rahmah 2024: Kemaskini Maklumat & Tarikh Permohonan Baru | Sukacita dimaklumkan, permohonan baru untuk STR 2024 kini telah dibuka.

Anda boleh cuba membuat permohonan baru sekiranya tidak layak sebelum ini. Bagi individu yang berkelayakan sebelum ini, anda boleh mengemaskini maklumat anda untuk permohonan baru.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Insentif Awal Penjawat Awam RM2000 – Belanjawan 2024

Sumbangan Tunai Rahmah 2024 – STR 2024

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peningkatan peruntukan sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada 8 bilion ringgit kepada 10 bilion ringgit untuk program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ini adalah merupakan berita baik untuk semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang terdiri daripada 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

Selain itu, kerajaan pada tahun ini juga telah memperkenal Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan mengkreditkan ke dalam myKad 200,000 penerima STR sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh enam bulan. 

Kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA kepada 700,000 penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Sumbangan Tunai Rahmah 2024

BACA JUGA: STR Fasa 4: Cara Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran

Cara Kemaskini Maklumat Permohonan

Berikut adalah cara login, semakan dan kemaskini maklumat STR 2024:

  1. Sila layari laman web LHDN di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/account/Login.aspx
  2. Masukkan nombor Mykad anda, dan klik “Semak”.
  3. Sahkan kunci keselamatan dan kemudian masukkan kata laluan anda untuk log masuk.
  4. Klik “Kemas Kini Permohonan” untuk mengemaskini maklumat permohonan anda.

Tarikh Permohonan Baru Dibuka

Permohonan baharu STR untuk tahun 2024 akan dibuka seawal 1 November 2023

Permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Nilai Bantuan STR 2024

Berikut ialah nilai bantuan STR 2024 mengikut kategori/pendapatan bulanan:

A. Pendapatan RM2500 dan kebawah:

  • 0 anak: RM1000
  • 1-2 anak: RM1500
  • 3-4 anak: RM2000
  • >5 anak: RM2500

B. Pendapatan RM2501 – RM5000:

  • 0 anak: RM500
  • 1-2 anak: RM750
  • 3-4 anak: RM1000
  • >5 anak: RM1250

C. Individu warga emas bujang/tiada pasangan berumur 60 tahun dan ke atas:

  • Pendapatan RM5000 dan kebawah: RM600

D. Individu bujang berumur 21 – 59 tahun/ OKU berumur 19 – 59 tahun:

  • Pendapatan RM2500 dan kebawah: RM350

Soalan Lazim STR 2024

Maklumat Lanjut 

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Belanjawan 2024, sila layari pautan berikut: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: