STR Fasa 4: Cara Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran

Semakan Status Penerima Bayaran STR Fasa 4 & Jumlah Bayaran Yang Diterima

Untuk makluman anda, Bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah diagihkan pada 17 Januari dan 5 April 2023. Manakala bayaran STR untuk fasa yang ketiga dijangkakan akan disalurkan pada Julai 2023.  Seterusnya adalah, bayaran STR Fasa 4. 

Seperti yang telah diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023, bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, iaitu STR, akan disalurkan kepada beberapa golongan tertentu mengikut syarat yang ditetapkan dalam 4 fasa. 

NOTA: 

  • STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. 
  • Penerima yang mempunyai isi rumah dengan pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan STR sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak. 
  • Kerajaan juga memberi bantuan STR tambahan RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih.

BACA JUGA: STR Fasa 3: Cara Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran Diterima

Tarikh Bayaran STR Fasa 4

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa keempat adalah pada 7 November 2023. Pembayaran akan disalurkan secara berperingkat.

Rujuk kaedah pembayaran dan tarikh pembayaran seperti gambar di bawah.

str fasa 4

Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Anda boleh rujuk jumlah bayaran STR Fasa 4 seperti jadual di bawah:

STR Fasa 4

Sumber: https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html

KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Isi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 ke bawah0RM200
1-2RM600
3-4RM900
5 dan lebihRM1200
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Isi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 – RM50000RM0
1-2RM0
3-4RM300
5 dan lebihRM500
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)RM5000 ke bawah0RM200
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Bujang (21-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM0
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Bujang OKU (19-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM0

Cara Semakan STR Fasa 4

  1. Untuk menyemak status pembayaran, anda boleh membuat semakan melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Kemudian, log masuk akaun MySTR dengan memasukkan nombor kad pengenalan pemohon. 
  3. Klik “SEMAK” dan sahkan kata kunci keselamatan anda. 
  4. Masukkan kata laluan, dan klik “LOG MASUK”.
  5. Klik “Semakan Permohonan” > “MAKLUMAT PEMBAYARAN”
STR Fasa 4

Terlupa Kata Laluan STR

Sekiranya anda terlupa kata laluan, anda boleh klik “TERLUPA KATA LALUAN” selepas memasukkan no kad pengenalan anda. 

NOTA: 

Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR. Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu. Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

STR Fasa 4

Kaedah Pembayaran STR Fasa 4

  • Pengkreditan ke akaun bank pemohon / pasangan
  • Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

BACA JUGA: STR Tambahan (RM600): Tarikh Bayaran & Semakan Kelayakan

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang kekeliruan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan STR, sila rujuk laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/ 

Atau hubungi; 

FAQ (Rujuk soalan lazim di sini: https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: