STR Tambahan (RM600): Tarikh Bayaran & Semakan Kelayakan
Kadar Bantuan STR Tambahan & Tarikh Bantuan Disalurkan Bagi Kategori Yang Layak ~ Sukacita dimaklumkan kepada penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, anda akan mendapat bantuan tambahan sekiranya tergolong dalam kategori yang layak.
Jom semak info di bawah.
BACA JUGA: STR 2023: Cara Memohon, Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Fasa
STR – Sumbangan Tunai Rahmah
STR (Sumbangan Tunai Rahmah) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Kelayakan Penerima STR
Untuk pengetahuan anda, pemohon layak menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
ii. Warga Emas Tiada Pasangan
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
iii. Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
NOTA:
Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
STR Tambahan
STR Tambahan adalah merupakan salah satu penambahbaikan yang dapat dilihat dalam Belanjawan Madani 2023.
Kerajaan akan memberi bantuan STR TAMBAHAN berjumlah RM600 kepada kategori isi rumah (miskin tegar) yang wujud pada data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.
Bantuan tambahan ini akan diberikan dalam bentuk BAKUL MAKANAN serta BAUCER MAKANAN ASAS bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.
Kategori Yang Layak Menerima STR Tambahan
Kategori yang layak menerima STR Tambahan ialah:
- penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
- mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Semakan kelayakan boleh dibuat melalui pautan eKasih : https://ekasih.icu.gov.my/
Baca juga: eKasih 2023: Daftar / Semak Status Penerima Bantuan Kemiskinan Online
Kadar Bantuan & Kaedah Penyaluran
Kadar bantuan STR Tambahan ialah berjumlah RM600. Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan, berjumlah RM600 secara keseluruhannya.
BACA JUGA: Intipati Bajet 2023: Senarai Bantuan & 20 Inisiatif Penting
Tarikh Bantuan STR TAMBAHAN
Bantuan tambahan ini akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023 (6 bulan, RM100 sebulan). Anda boleh rujuk jadual di bawah:
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan berikut: