Intipati Bajet 2023: Senarai Bantuan & 20 Inisiatif Penting
Intipati Bajet 2023 ~ Pembentangan Belanjawan 2023 telah dilaksanakan pada 24 Februari 2023 (Jumaat) oleh Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam pembentangan tersebut, terdapat pelbagai pengumuman penting termasuk senarai bantuan dan inisiatif untuk rakyat Malaysia telah diumumkan.
Dengan tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 memastikan langkah yang mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakkan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Teruskan membaca untuk mengetahui intipati bajet 2023 serta info-info penting yang perlu anda ketahui.
Intipati Bajet 2023
Belanjawan 2023 kali ini telah dirangka sebagai langkah sulung untuk menelusuri setiap rukun yang terkandung dalam kerangka MADANI yang telah diilhamkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Belanjawan MADANI adalah cerminan prinsip pertanggungjawaban dan sistem nilai luhur, mampu depani tantangan ekonomi global.
Anda boleh rujuk gambar rajah dibawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
- keMampanan
- kesejAhteraan
- Daya cipta
- hormAt
- keyakiNan
- Ihsan
Berdasarkan bajet Kerajaan Persekutuan 2023, sebanyak RM 386,140 juta telah diperuntukkan untuk Belanjawan 2023. Sehubungan dengan itu, berikut ialah antara ringkasan intipati Bajet 2023 yang dibentangkan:
- Tumpu 12 Ikhtiar Utama Berlandaskan 3 Tekad
- Peruntukan Belanjawan 2023 disemak naik kepada RM386.14 billion daripada RM372.3 billion pada Oktober 2022.
- Hutang negara akan menjangkau RM1.2 trilion atau lebih 60 peratus KDNK bagi tahun 2023.
- Kerajaan menjangkakan kutipan hasil 2023 berjumlah RM291.5 billion berbanding M294.4 billion pada tahun lalu.
- Ekonomi dijangka berkembang sederhana pada 4.5 peratus berbanding unjuran awal 4 hingga 5 peratus pada 2023 berbanding 8.7 peratus pada 2022.
- Kadar inflasi tahun ini dijangka sama seperti tahun 2022 iaitu pada kadar 3.3 peratus.
- Tarif elektrik telah dikekalkan bagi semua pengguna domestik dan perniagaan PKS.
- Had pelaburan ASB dinaikkan ke RM300,000.
- Kerajaan ambil pendekatan yang progresif dalam konteks subsidi bersasar atau struktur percukaian.
- Kerajaan cadang perkenal Cukai Barangan mewah mulai tahun ini
- Kerajaan sedia RM50 juta bagi membina baharu, naik taraf 3,000 gerai dan kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan.
- Kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi 150,000 pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus.
- Kerajaan terus sedia pelbagai kemudahan pinjaman dan pembiayaan untuk manfaat usahawan PMKS dengan nilai keseluruhan sehingga RM40 bilion.
- Melanjutkan galakan cukai kepada syarikat pengilangan yang memindahkan operasi ke Malaysia dan kadar cukai 15 peratus kepada C-Suite sehingga tahun 2024.
Baca juga: Senarai Pelepasan Cukai 2022 Untuk e-Filing 2023
Senarai Bantuan & 20 Inisiatif Penting Dalam Belanjawan 2023
1. Tarif elektrik tidak dinaikkan kepada rakyat & PKS
2. RM1 bilion dari syarikat swasta untuk wujudkan Wakaf MADANI
3. 130,000 rakyat muflis akan dilepaskan secara automatik
4. RM250 juta sumbangan korporat kepada golongan miskin tegar
5. RM750 juta Inisiatif Pendapatan Rendah untuk miskin tegar
6. Menu Rahmah – RM5 untuk hidangan makanan
7. Jualan Rahmah diperluas ke setiap parlimen – Diskaun 30% untuk barangan asas
8. RM225 juta untuk perluas pengedaran barangan keperluan asas ke 25 kawasan baharu
9. Sumbangan Tunai Rahmah RM 2,500 kepada isi rumah bawah RM 2,500
10. RM600 tambahan kepada miskin tegar (bakul makanan & baucar kepada isi rumah penerima STR termiskin berdasarkan maklumat e-Kasih)
11. Kredit e-tunai RM200 kepada belia 18 hingga 20 tahun
12. Pengurangan 2% kadar cukai pendapatan individu M40
13. Kadar cukai diturunkan dari 17% kepada 15% bagi RM 150,000 ke bawah
14. Elaun bagi 35,000 guru KAFA dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,100
15. Sumbangan RM600 kepada 70,000 imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir
16. Pas bulanan My50 untuk pengangkutan awam
17. Pas Perjalanan Tanpa Had myBAS50 untuk bas henti-henti di Johor Bahru
18. Diskaun bayaran balik peminjam PTPTN sehingga 20 peratus selama 3 bulan.
19. Internet percuma di 56 PPR
20. RM500 untuk Akaun 1 KWSP kepada pencarum simpanan kurang RM10 ribu (ahli berumur 40 – 54 tahun)
- Ujian Lesen Memandu Percuma: Bayaran ujian lesen memandu motosikal B2, teksi, bas & e hailing akan ditanggung kerajaan
- Bantuan Musim Tengkujuh (BMT): Pesawah padi akan menerima RM200 sebulan selama 3 bulan / semusim, Pekebun kecil getah menerima RM800 sebulan selama 4 bulan
- Bonus / Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam & Pesara Kerajaan: RM700 diberikan kepada penjawat awam (Gred 56 ke bawah) termasuk lantikan kontrak, pesara kerajaan akan terima RM350
Baca Juga: Diskaun Bayaran Balik PTPTN 20% – Belanjawan 2023
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Anda boleh rujuk teks ucapan dan ringkasan Bajet 2023 di pautan berikut untuk maklumat lanjut: https://budget.mof.gov.my/ms/bajet2023/ucapan/