Diskaun Bayaran Balik PTPTN 20% – Belanjawan 2023
Kepada peminjam PTPTN, ini adalah berita baik untuk anda.
Pembentangan Bajet 2023 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan Malaysia pada 24 Februari 2023 (Jumaat) ini memberikan pelbagai insentif kepada rakyat Malaysia termasuklah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).
Kadar Diskaun Bayaran Balik PTPTN 2023
Untuk pengetahuan anda, Menteri Kewangan telah mengumumkan diskaun bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membantu meringankan beban bayaran balik oleh peminjam.
Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik sebanyak 20 peratus kepada semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan bermula 1 Mac ini.
Selain itu, penangguhan bayaran balik juga akan diberikan kepada peminjam mengikut syarat yang ditetapkan.
Anda boleh rujuk kesimpulannya di bawah ini:
- Pertama : Diskaun bayaran balik sehingga 20% akan dilaksanakan bermula 1 Mac 2023 selama 3 bulan
- Kedua : Penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang berpendapatan kurang daripada RM1800 selama 6 bulan – Permohonan penangguhan ini boleh dibuat mulai 1 Mac 2023.
Baca juga: Cara Semakan Penyata Baki Pinjaman PTPTN Online
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut, atau pertanyaan, anda boleh berhubung terus dengan pihak PTPTN melalui media sosial berikut.
- Facebook : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
- 03-21933000 (Careline)
- www.ptptn.gov.my (Live Chat)
- https://eaduan.ptptn.gov.my/ (e-Aduan)
- Ikuti Telegram rasmi PTPTN untuk mendapatkan informasi terkini : https://t.me/ptptnofficial
Diharap dengan adanya insentif yang diberikan oleh kerajaan ini, para peminjam PTPTN dapat mengambil peluang untuk membuat bayaran balik mengikut kemampuan dan secara tidak langsung membantu kelangsungan pinjaman pendidikan kepada generasi yang akan datang.