INTIPATI Belanjawan 2024 – Senarai Bantuan & Insentif Untuk Rakyat

INTIPATI Belanjawan 2024 | Belanjawan 2024 telah dibentangkan pada 13 Oktober 2023, pukul 4.00 petang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat. 

Pembentangan ini adalah merupakan pembentangan belanjawan kedua yang dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Siaran Langsung pembentangan dan intipati Bajet 2024 boleh disaksikan di saluran RTM, BERNAMA dan menerusi Facebook Live Jabatan Penerangan Malaysia.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai INTIPATI Belanjawan 2024 ini. 

BELANJAWAN 2024

Tema & Fokus Belanjawan 2024 – Memperkasa Ekonomi MADANI

Dengan tema “Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat”, kerajaan menyasarkan dua dasar iaitu menjadikan Malaysia Peneraju Ekonomi Asia dan memastikan Kehidupan Rakyat yang Berkualiti.

Kerajaan Perpaduan juga beriltizam untuk mengangkat sebuah Malaysia MADANI yang punyai azam global, berteraskan nilai MADANI demi kesejahteraan rakyat.

ENAM NILAI MADANI yang dijadikan sebagai paksi utama iaitu, Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan & Ihsan.

Dalam Belanjawan 2024 ini, terdapat beberapa fokus utama yang telah ditetapkan. Antaranya ialah; pengawalan kos sara hidup dan peningkatan pendapatan khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. .

Menurut penganalisis ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai, cabaran global meliputi perang dagang Amerika Syarikat dan China serta negara-negara maju yang mengalami inflasi akan memberi impak kepada ekonomi negara.

Justeru, penganalisis meramalkan belanjawan kali ini bercirikan pengembangan yang akan membantu mengatasi situasi ekonomi semasa dan mencapai matlamat Ekonomi Madani.

Selain itu, industri keselamatan makanan juga akan menjadi fokus bagi mengeluarkan hasil makanan yang cukup kepada rakyat tanpa bergantung kepada import.

BACA JUGA: Pendaftaran TABIKA KEMAS Sesi 2024 Dibuka Sehingga 31 Oktober

Belanjawan 2024 –  Senarai Bantuan & Insentif Untuk Rakyat 

BELANJAWAN 2024

Berikut dikongsikan intipati pembentangan Belanjawan 2024 termasuk senarai bantuan dan insentif untuk rakyat. 

  • Kerajaan Perpaduan memperuntukkan sejumlah RM393.8 bilion bagi Belanjawan 2024
  • Peruntukan untuk Kementerian Kewangan, Pendidikan dan Kesihatan secara kolektif merangkumi 42.3 peratus daripada jumlah perbelanjaan Belanjawan 2024
  • Subsidi dan bantuan sosial yang merangkumi 17.4 peratus daripada perbelanjaan mengurus dianggarkan berjumlah RM52.8 bilion
  • Sektor sosial diperuntukkan RM149.7 bilion atau 7.6 peratus daripada KDNK, diikuti ekonomi RM66.7 bilion, keselamatan RM40.1 bilion dan pentadbiran am RM16.9 bilion
  • Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.0 hingga 5.0 peratus pada tahun depan
  • Sektor pembuatan diunjur berkembang sebanyak 4.2 peratus pada 2024 didorong prestasi lebih baik dalam industri berorientasikan eksport dan domestik
  • Kadar inflasi diunjur berada antara 2.1 hingga 3.6 peratus pada tahun depan
  • Eksport kasar diunjur meningkat 5.1 peratus manakala import kasar berkembang 4.9 peratus pada 2024
  • Akaun semasa dijangka mencatat lebihan sebanyak RM62.2 bilion daripada PNK
  • Permintaan domestik diunjur berkembang sebanyak 5.3 peratus pada 2024
  • Kadar pengangguran pada 2024 dijangka kembali ke paras sebelum pandemik pada 3.4 peratus
  • Hasil kerajaan Persekutuan pada 2024 dijangka mencatatkan pertumbuhan 1.5 peratus kepada RM307.6 bilion didorong oleh kutipan cukai lebih tinggi
  • Cukai pendapatan petroleum dijangka berjumlah RM21.7 bilion berikutan purata harga minyak mentah yang stabil pada paras US$85 setong
  • Harga MSM diunjur berada pada jajaran antara RM4,000 hingga RM4,500 setan metrik pada 2024

Penjawat awam gred 56 ke bawah terima RM2,000

  • Kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak, dibayar akhir Februari 2024
  • Pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen terima Bayaran Insentif Awal RM1,000, dibayar akhir Februari 2024

Kadar maksimum bantuan STR dinaikkan kepada RM3,700

  • Kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dinaikkan kepada RM3,700 berbanding RM3,100 sebelum ini. 
  • Selain itu, kadar minimum STR bagi golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.

Yuran Pengajian IPT

  • Yuran bagi pendaftaran masuk ke Universiti Awam dihadkan untuk tidak melebihi RM1,500.
  • Tiada sekatan pendaftaran subjek bagi setiap semester bagi pelajar yang tidak mampu membayar yuran pengajian

Diskaun PTPTN

  • Diskaun 10% atas baki hutang dengan penyelesaian penuh pinjaman.
  • Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
  • Diskaun 15% untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

Harga lantai belian padi dinaikkan kepada RM1,300 satu tan

  • Kerajaan mengumumkan peningkatan harga lantai belian padi kepada RM1,300 satu tan berbanding RM1,200, kadar sejak 2014.

Penguatkuasaan Cukai

  • Kerajaan akan kuatkuasa pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024
  • Kadar cukai perkhidmatan (SST) dicadang dinaikkan kepada 8 peratus berbanding 6 peratus sekarang  – tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.
  • Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Tinggi pada kadar 5.0 peratus hingga 10.0 peratus ke atas barang bernilai tinggi

Rebat RM2,400 beli motosikal elektrik

  • Kerajaan memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah dengan pemberian rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli.

Kawalan Harga Ayam & Telur

  • Kawalan harga sementara ayam & telur akan dilepaskan agar pasaran tempatan boleh berfungsi bebas dalam pastikan keterjaminan bekalan

Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP)

  • BNM, sektor kewangan sedang bangun Portal Fraud Kebangsaan dijangka siap menjelang pertengahan 2024
  • Kerajaan sedia peruntukan sehingga 10 peratus daripada jumlah NIMP sebagai pemangkin, dana permulaan 2024 sebanyak RM200 juta
  • NIMP sasar jumlah pelaburan keseluruhan RM95 bln, disamping 3.3 juta peluang pekerjaan dengan gaji penengah sehingga RM4,510 sebulan menjelang 2030
  • Institusi kewangan pembangunan akan distruktur semula melalui penggabungan Bank Pembangunan Malaysia, SME Bank, Exim Bank
  • Kerajaan berhasrat merasionalisasi subsidi secara berfasa
  • Pendekatan subsidi bersasar telah menjimatkan lebih RM4.6 bln daripada unjuran subsidi elektrik RM20 bilion
  • Kerajaan akan memperkukuh persekitaran modal teroka melalui pemusatan agensi modal seperti Penjana Kapital dan MAVCAP di bawah Khazanah Nasional Bhd

PKS

  • RM900 juta dana pinjaman dibawah BNM untuk galakkan PKS tingkat produktiviti melalui automasi, pendigitalan
  • RM100 juta geran pendigitalan sehingga RM5,000 untuk manfaat usahawan PKS, pengusaha mikro
  • Kerajaan cadang pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya selama lima tahun kepada entiti Labuan yang menjalankan aktiviti perdagangan berkaitan kewangan Islam bagi menyokong pembangunan IBFC
  • Sembilan institusi kewangan tawar program khusus untuk PKS halal selaras dengan Pelan Induk Industri Halal 2030
  • RM40 juta bagi laksana Program Shop Malaysia Online bagi peniaga kecil khusus dalam bidang makanan untuk berniaga dari rumah
  • Kerajaan akan memendekkan tempoh memproses pensijilan halal daripada 51 kepada 30 hari
  • Selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI, kerajaan akan tumpukan kepada Kerjasama Awam-Swasta-Dermawan dalam laksanakan projek rakyat

KWSP

  • Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah akan diteruskan dengan peruntukan 50 juta ringgit memanfaatkan lebih 400 ribu suri rumah wanita yang berdaftar di bawah eKasih
  • Program i-Sayang KWSP akan diperluas untuk turut membolehkan isteri memindahkan 2% caruman KWSP syer pekerja kepada suami
  • Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa

>> Highlight Belanjawan 2024 <<

1. Ujian Lesen Memandu Percuma

– Bayaran ujian lesen memandu motosikal B2, teksi, bas & e hailing akan ditanggung kerajaan

2. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

– Isi rumah kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada jumlah anak

– Tambahan RM600 (bakul makanan & baucar kepada isi rumah penerima STR termiskin berdasarkan maklumat e-Kasih)

3. Kredit e-Tunai Belia Rahmah

– RM200 kredit e-tunai untuk belia umur 18 – 20 tahun

4. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

– Pesawah padi akan menerima RM200 sebulan selama 3 bulan / semusim

– Pekebun kecil getah menerima RM800sebulan selama 4 bulan

5. Percukaian

– Kerajaan tidak akan melaksanakan GST & memperkenal kaedah lain untuk meningkatkan hasil negara

– Pengenalan cukai barangan mewah seperti jam tangan dll

– Cukai PKMS bagi pendapatan bercukai RM150,000 pertama akan dikurangkan kepada 15% dari 17% baki taksiran tahun 2023

– Kadar cukai pendapatan RM35,000 sehingga RM100,000 dikurangkan ke 2%. Untuk pendapatan RM100,000 sehingga RM1 juta dinaikkan dari 0.5% – 2%.

6. Diskaun PTPTN

– Bermula 1 Mac 2023, diskaun 20% bayaran balik selama 3 bulan

7. Tarif Elektrik

– Harga tarif elektrik pengguna domestik & PKS dikekalkan ikut kadar semasa

8. Rokok Elektronik / Vape

– Pengenalan duti eksais kepada produk cecair / gel mengandungi nikotin bagi produk vape

9. Pelepasan Muflis Kecil

– Individu diisytihar muflis bagi hutang bawah RM50,000 akan diberikan peluang kedua bermula 1 Mac 2023

10. Elaun Guru KAFA Dan Sumbangan Khas RM600

– Guru KAFA terima kenaikan elaun RM100, menjadikan jumlah elaun RM1,100

– Imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA & guru takmir akan terima RM600

11. Bonus / Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam & Pesara Kerajaan

– RM700 diberikan kepada penjawat awam (Gred 56 ke bawah) termasuk lantikan kontrak, pesara kerajaan akan terima RM350

12. Pas My50

– Pas bulanan RM50 bagi penggunaan LRT, MRT & bas Rapid di Lembah Klang

13. Pengampunan Penalti 100% LHDN

– Pengakuan sukarela cukai bermula 1 Jun 2023 – 31 Mei 2024 akan diberi pengampuan penalti Video Ucapan Pembentangan Bajet 2023

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai Belanjawan 2024, sila layari pautan berikut: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/ 

MUAT TURUN UCAPAN BELANJAWAN 2024 PDF: https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/ub24.pdf 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: