Pendaftaran TABIKA KEMAS Sesi 2024 Dibuka Sehingga 31 Oktober
Pendaftaran TABIKA KEMAS Sesi 2024 Dibuka Sehingga 31 Oktober | Permohonan kemasukan Tabika Kemas 2024 kini boleh dibuat bermula 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2023.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
Pengenalan TABIKA KEMAS
TABIKA KEMAS adalah salah satu Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard Pra sekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) adalah terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 Tahun.
Syarat Pendaftaran TABIKA KEMAS
Berikut merupakan syarat kemasukan TABIKA KEMAS:
- Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
- Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
- Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak).
- Bilangan kanak-kanak seramai 25 orang adalah yang terbaik bagi kapasiti sesebuah kelas.
- Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
- Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu keempat bulan November 2023.
Dokumen Diperlukan Semasa Pendaftaran
- Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
- Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
- Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
- Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
- Rekod kesihatan kanak-kanak (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan) beserta rekod imunisasi.
Tarikh Permohonan
Permohonan kemasukan ke TABIKA KEMAS dan juga TASKA dibuka bermula 1 Ogos 2023 sehingga 31 Oktober 2023.
BACA JUGA: Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2024/2025 & Tarikh-tarikh Penting
Muat Turun Borang Pendaftaran
Untuk mendaftar ke TABIKA KEMAS/TASKA, ibubapa dan juga penjaga boleh memuat turun borang pendaftaran di bawah:
TABIKA KEMAS: https://bit.ly/BORANGTABIKAKEMAS2023
TASKA KEMAS: https://bit.ly/BORANGTASKAKEMAS2023
Setelah memuat turun borang, isi maklumat dengan lengkap dan hantarkan ke TABIKA pilihan anda.
NOTA: Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu keempat bulan November 2023.
Senarai TABIKA KEMAS Seluruh Malaysia
Rujuk senarai TABIKA KEMAS setiap di negeri dalam senarai di bawah:
- KEDAH
- PERLIS
- PULAU PINANG
- PERAK
- KELANTAN
- WILAYAH PERSEKUTUAN
- TERENGGANU
- PAHANG
- SELANGOR
- MELAKA
- NEGERI SEMBILAN
- JOHOR
- SABAH
- SARAWAK
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, sila layari portal Jabatan Kemajuan Masyarakat di pautan berikut: https://www.kemas.gov.my
Atau, hubungi:
Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Aras 5-9, No 47, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.
Tel: +603-8891 2682
Faks: +603-8888 2312
Emel: info[at]kemas[dot]gov[dot]my