Hari Guru 2022 : Tarikh Sambutan, Huraian Tema, Lirik Lagu

TARIKH SAMBUTAN & TEMA HARI GURU 2022

Setiap tahun, sekolah-sekolah di Malaysia akan menyambut Hari Guru bagi mengenang jasa guru yang mendidik kita.

Tahukah anda bilakah tarikh hari guru dan apakah tema sambutannya bagi tahun ini?

Berikut dikongsikan info lanjut untuk makluman bersama.

Tarikh Sambutan Hari Guru 2022 (Yang ke-51)

16 Mei 2022

Tema : Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA

Tema & Huraian Tema

Berikut dikongsikan kata kunci bagi tema yang diumumkan pada sambutan ke-51 tahun 2022 ini: Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA

KATA KUNCI

1. Guru : Merupakan individu penting serta berperanan sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian murid

2. Tunjang : Seorang guru menjadi asas atau titik punca untuk mendidik dan membentuk sahsiah murid supaya menjadi insan berperibadian unggul

3. Sekolah : Merupakan institusi pendidikan yang menyediakan persekitaran pembelajaran yang penuh dengan nilai-nilai, dan merangsang minda serta meningkatkan kecekapan murid menimba ilmu dalam situasi pembelajaran yang menyeronokkan

SEJAHTERA : Akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-nilai murni. Setiap huruf membawa maksud khusus yang memberi penerapan dalam aspek nilai-nilai murni.

  • S – Selamat, seronok dan sihat
  • E – Etika dan empati
  • J – Jati diri
  • A – Adab sopan
  • H – Harmoni
  • T – Tekun, teliti dan terampil
  • E – Eskplorasi
  • R – Rasional
  • A – Artikulasi
hari guru

HURAIAN

Guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara.

Peranan dan kefungsian guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, guru juga memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara semula jadi.

Penjiwaan amalan baik merupakan pembudayaan nilai murni, kemahiran dan sikap positif yang dibangunkan dalam diri murid.

Peranan guru ialah merujudkan persekitaran pembelajaran yang menerapkan 14 elemen SEJAHTERA di dalam dan luar kelas untuk dijadikan amalan dalam kehidupan murid di sekolah dan luar sekolah.

14 elemen yang terkandung dalam konsep Sekolahku SEJAHTERA itu ialah selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan, harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi.

Kredit infografik: https://twitter.com/MsiaHariIni/status/1495650547428651010

Lampiran

Disertakan lampiran huraian kepada tema untuk rujukan bersama.

Rujukan: Jemaah Nazir Kementerian Pendidikan Malaysia

lagu hari guru 2022

LIRIK LAGU : SEKOLAHKU SEJAHTERA

Sekolahku SEJAHTERA

Penyanyi: Haqiem Rusli
Penulis Lirik: Dr Radzi Jidin
Komposer: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, Omar K. & Anas Damian
Terbitan & Rakaman: Iqie Hugh & Omar K
Susunan Muzik: Iqie Hugh
Adunan: Audi Mok
Penyanyi Latar: Firdaus Rahmat & Haqiem Rusli

Lirik:

Verse
Di sini bermula, mengenal dunia bersama guru tercinta
Seronok belajar, selamat sentiasa
Sekolahku SEJAHTERA

Pre Chorus 1
Kesihatan diutama, kebersihan dijaga
Sama perkasa etika, integriti di jiwa
Kita selami empati, bina kasih insani
Teguh jati diri, adab sopan hidup harmoni

Chorus
Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Bangkitlah,
Generasi pewaris negara

Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Gemilanglah,
Malaysia di mata dunia

Post Chorus
SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Ayuh kita jayakan bersama

Pre Chorus 2
Hidup mulia berjaya, terus tekun usaha
Teliti dalam bekerja, diri cekap terampil
Eksplorasi ilmu berguna, bertindak rasional
Mantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti

Youtube EduwebTV : https://www.youtube.com/channel/UCjRkcD4M6aoMaPVuvKf1reQ

Laman web rasmi : http://eduwebtv.moe.edu.my

Baca juga: Cuti Sekolah 2022 : Takwim KPM & Jadual Sesi Persekolahan 2022 / 2023

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: