Tips Merebus Kerang Dengan Betul Yang Ramai Tak Tahu!
Sebut saja kerang, mesti sudah terbayang-bayang akan kemanisan isi kerang tersebut.
Tidak kira lah apa jenis masakan yang berasaskan kerang pasti sedap. Nak-nak lagi jika kerang itu dibakar atau di rebus memang ‘laku keras’. Dicicah pula dengan sos Thai, terus leka dibuatnya, sedar-sedar habis sepingan besar kerang yang terhidang.
Walaupun isi kerang itu sangat enak dan terasa manis isinya bila dimakan, namun begitu cara penyediaan kerang, sebenarnya agak sedikit leceh.
Ini kerana anda perlu membasuh kulit kerang itu sebersihnya daripada kotoran yang terlekat di cengkerang itu. Malah cara memasaknya juga sebenarnya perlukan teknik yang betul supaya isi kerang itu tidak liat dan kecut.
Jika anda gemar makan isi kerang yang direbus dengan air kosong tanpa sebarang bahan, anda ‘wajib’ ikuti teknik dan cara untuk dapat kan isi kerang yang tidak kecut dan sangat berjus.
Menerusi pemilik akaun Tik Tok nya, @ibuazzah telah berkongsikan cara dan teknik untuk mendapatkan hasil isi kerang yang cantik, berjus dan tidak liat semasa merebus. Hasil perkongsian teknik merebus kerang ini, beliau telah meraih 111.7K tontonan umum.
Ini diantara teknik untuk dapatkan hasil kerang yang tidak liat dan berjus hanya dengan 1 minit saja!.
- Rebuskan air sehingga mendidih terlebih dahulu.
2. Masukkan kerang yang telah dibersihkan kedalam air yang mendidih.
3. Selepas itu, terus tutup periuk dengan penutup periuk dan rebuskan selama 1 minit.
4. Cukup 1 minit, terus tutup api, dan boleh lah diangkat dan ditoskan airnya.
Dan inilah hasilnya, kerang yang sangat berjus, lembut yang pasti tidak liat bila dimakan.
Senang rupanya cara nak rebus kerang ini untuk dapatkan hasil isi kerang yang sangat berjus, lembut dan tidak liat. Tak perlu lagi rebus lama-lama tapi hasilnya tidak memuaskan. Macam ni barulah puas hati dan bertambah nikmat nak ratah isi kerang.
Jadi anda dirumah boleh la cuba teknik rebus kerang 1 minit ini. Memang puas hati dengan hasilnya.
Sumber: Tik Tok Ibu Azzah