ePrasekolah KPM: Semakan Penempatan Prasekolah KPM Sesi 2023 & Rayuan
Semakan Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2023 secara dalam talian melalui Portal ePrasekolah KPM akan dibuka mulai 5 Ogos 2022.
Berikut adalah maklumat lanjut tentang cara membuat semakan penempatan dan pengesahan online di portal tersebut.
Tarikh Semakan Penempatan Prasekolah 2022 Online
Tarikh semakan penempatan / keputusan kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi 2023 akan dibuka Mulai 5 Ogos 2022 secara dalam talian melalui Portal ePrasekolah KPM.
Berikut adalah cara membuat semakan.
Cara Semakan Online Keputusan Penempatan Permohonan Prasekolah 2023
Setelah berjaya daftar prasekolah 2023 online, sila buat semakan melalui cara berikut:
- Secara Dalam Talian – Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 5 Ogos 2022 (Jumaat).
- Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon – Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon mulai 5 Ogos 2022 (Jumaat).
Status adalah merujuk kepada status permohonan sama ada;
- Menunggu Pengesahan → Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah/dokumen permohonan sedang disemak.
- Tidak Lengkap → Permohonan/dokumen tidak lengkap sila rujuk email dan kemas kini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.
- Disahkan → Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.
- Berjaya → Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.
- Tidak Berjaya → Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.
Baca juga: Semakan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2023 /2024 KPM
Rayuan Permohonan
- Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan.
- Bagi ibu bapa / penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/ Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD / PPW.
- Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 10 September 2022 (tertakluk kepada pindaan).
- Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan sila layari https://eprasekolah.moe.gov.my/ ATAU kemukakan pertanyaan anda melalui email kepada Jabatan Pendidikan Negeri.
Baca juga: Semakan Status Rayuan BPR (Fasa 2) Mulai Ogos & Jumlah Bayaran