Pendaftaran Prasekolah JAIS Sesi 2022 Online (Untuk 4-5 Tahun)

Untuk makluman ibu bapa, Aplikasi Permohonan Pendaftaran Prasekolah JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) telah dibangunkan bagi membantu rakyat dengan memberi kemudahan melakukan permohonan kemasukan anak ke prasekolah (JAIS) secara dalam talian.

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang Prasekolah JAIS dan cara membuat permohonan online.

Apakah Pra Sekolah JAIS?

Pra Sekolah JAIS dibangunkan untuk memberikan pendedahan kepada pengajaran Islam selain menekankan komponen pendidikan teras.

Antara ciri prasekolah JAIS adalah:

  • Umur 5 dan 6 tahun
  • Memberikan pengajaran Al-Quran dan Fardhu Ain
  • Memberikan asas Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan amali

Senarai Prasekolah JAIS

.Prasekolah JAIS, Kampung Jawa KlangJalan Raja Jumaat, Off Jalan Kota Raja,Kampung Jawa 41000 Klang, Selangor Darul Ehsan 03-33720731
2.Prasekolah SRA Tok MudaBatu 13 1/2, Kampung Tok Muda, Kapar Selangor Darul Ehsan03-3250280503-32502805 (faks)
3.Prasekolah SRA Pekan MeruPersiaran Hamzah Alang, Meru 42200 Klang, Selangor Darul Ehsan03-3392583703-33929060 (faks)
4.Prasekolah JAIS Kuala LangatJalan Masjid Kancong Darat 42700 Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan03-31815410
5.Prasekolah Taman Melawati, Kuala SelangorJalan Klang 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan03-3289321303-32893212 (faks)
6.PraSekolah JAIS Hulu LangatTaman Damai, Batu 18 43100 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan03-90217919
7.Prasekolah SRA Kuala Kubu Bharu, Hulu SelangorD/A  SRA Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan 
8.PraSekolah JAIS Pekan SabakBangunan Lama SAM Muahammadiah, Batu 40 45200 Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan03-3216402903-32164029 (faks)
9.Prasekolah SRA Sungai LimauParit 1 Timur, Sungai Besar 45300 Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan03-32248977
10.Prasekolah SRA Taman Permata, GombakD/A SRA Taman Permata,Jalan Permata 4, Taman Permata, 53300 Hulu Klang ,Selangor Darul Ehsan03-6189699003-61896990 (faks)
11.Prasekolah JAIS Kampung Kayu AraTaman Kayu Ara Indah 47400 Damansara Utama, Selangor Darul Ehsan03-77222493
12.Prasekolah SRA Seksyen 16D/A SRA Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan017-3499095 
13.Prasekolah Kampung BaiduriJalan 229, Seksyen 51A 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan 
14.Prasekolah SRA Bandar Baru Salak Tinggi, SepangD/A SRA Bandar Baru Salak Tinggi,43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan 

Syarat Permohonan

  1. Permohonan boleh dilakukan oleh ibu/bapa/penjaga kanak-kanak. Ibu/bapa/penjaga kanak-kanak haruslah mendaftar sebagai pengguna di Aplikasi Permohonan Prasekolah JAIS (https://sekolah.jais.gov.my/prasekolah) atau di Portal MyGovernment (https://www.malaysia.gov.my).
  2. Permohonan hanya boleh dilakukan 1 KALI SAHAJA.
  3. Ibu/bapa/penjaga haruslah berstatus WARGANEGARA MALAYSIA.
  4. Kanak-kanak haruslah berstatus WARGANEGARA MALAYSIA serta berumur 4 – 5 tahun pada tahun permohonan

Baca juga: Pendaftaran TABIKA KEMAS Online Sesi 2022 (Untuk 3-5 Tahun)

Baca juga: ePrasekolah KPM: Daftar Prasekolah 2022 Online (Mulai 1 Mac 2021)

Tarikh Permohonan Dibuka (Sesi 2022)

Tarikh permohonan dibuka mulai 2 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021.

daftar prasekolah jais

Cara Permohonan / Pendaftaran Prasekolah JAIS

Berikut adalah cara membuat permohonan pendaftaran Prasekolah JAIS bagi sesi 2022:

A. PENDAFTARAN PENGGUNA

  1. Layari Aplikasi Permohonan Prasekolah JAIS melalui URL https://sekolah.jais.gov.my/prasekolah
  2. Semua pemohon yang baru pertama kali menggunakan Aplikasi Permohonan Prasekolah JAIS haruslah mendaftar terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk log masuk ke aplikasi.
  3. Klik [DAFTAR], untuk mendaftar sebagai pengguna baharu sekiranya pemohon masih belum menjadi pengguna berdaftar.
  4. Isi kesemua maklumat yang diperlukan dan tekan butang [Hantar].
  5. Semak Peti Masuk (Inbox) pada e-mel yang didaftarkan. Pengguna akan menerima makluman pendaftaran yang akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.
  6. Klik pada pengesahan pendaftaran yang die-melkan.
  7. Pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.
  8. Klik [Hantar] dan Login semula menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan.

B. PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH JAIS

Setelah berdaftar sebagai pengguna, sila buat permohonan online dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Layari Aplikasi Permohonan Prasekolah JAIS (https://sekolah.jais.gov.my/prasekolah/public/)
  2. Klik [LOG MASUK]
  3. Masukkan ID Pengguna atau No. Kad Pengenalan atau E-mel pengguna
  4. Klik [SETERUSNYA]
  5. Setelah berjaya log masuk, pengguna boleh membuat semakan/mengemaskini profil penguna di Aplikasi Permohonan Prasekolah JAIS.
  6. Klik [BORANG PERMOHONAN]
  7. Pilih No. MyKid kanak-kanak melalui senarai dropdown untuk membuat permohonan.
  8. Pemohon perlu memasukkan maklumat anak yang ingin dipohon ke dalam Senarai Profil Keluarga.
  9. Setelah selesai mengisi semua maklumat, klik pada [Simpan].
  10. Pemohon perlu kembali semula ke halaman utama dan klik [BORANG PERMOHONAN] serta memilih nama anak yang ingin dipohon berdasarkan senarai dropdown.
    • NOTA: Senarai No Mykid kanak-kanak hanya akan dipaparkan pada borang permohonan sekiranya terdapat maklumat kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun pada tahun semasa di Profil keluarga Portal MyGovernment.
  11. Klik [HANTAR]
  12. Klik [MULAKAN PERMOHONAN]
  13. Masukkan/kemas kini maklumat kanak-kanak pada tab berikut:
    • Profil Anak
    • Maklumat Kesihatan
    • Maklumat Keluarga
    • Maklumat Tanggungan
    • Pemilihan Sekolah
  14. Akhir sekali klik [Cetak] untuk meneruskan proses cetakan/menyimpan borang dalam format PDF
  15. Borang permohonan serta maklumat dokumen sokongan yang diperlukan kemudian akan dihantar ke sekolah bagi tujuan pengesahan.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

  1. Borang Permohonan ke Prasekolah JAIS yang dimohon
  2. 2 keping gambar berukuran pasport
  3. 1 salinan MyKid dan Sijil Kelahiran Anak
  4. 1 salinan slip gaji ibu bapa / penjaga (jika ada)
  5. 1 salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga

Borang permohonan TIDAK AKAN diproses sekiranya dokumen-dokumen ini tidak dihantar ke sekolah yang dipohon.

Semakan Status Pendaftaran Prasekolah JAIS 2022

Setelah melengkapkan permohonan pendaftaran Prasekolah JAIS, anda boleh membuat semakan status secara online seperti berikut:

  1. Log Masuk ke Aplikasi Permohonan Prasekolah JAIS (https://sekolah.jais.gov.my/prasekolah/public/)
  2. Klik [LOG MASUK]
  3. Klik [SEMAK STATUS], skrin Senarai Permohonan akan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat apa-apa soalan berkaitan permohonan , boleh hubungi

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),
Bahagian Pendidikan Islam,
Bangunan Sultan Idris Shah,
Tingkat 2 & 3 Menara Utara,
No 2 Persiaran Masjid,
40676 Shah Alam Selangor

Tel: 03-5514 3400 samb. 2037/2050 (Kaunter). Fax: 03-5512 3035/5510 5053

E-mel: [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: