PPKP 2021: Program Penajaan Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Awam Persekutuan

PROGRAM PENAJAAN KUMPULAN PELAKSANA (PPKP JPA) BAGI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN TAHUN 2021

Sukacita Jabatan ini mempelawa Pegawai Kumpulan Pelaksana (Perkhidmatan Persekutuan) yang berminat dan memenuhi syarat untuk memohon Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Tahun 2021 bagi:

Permohonan PPKP JPA 2021

1) PERINGKAT PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA SECARA SEPARUH MASA

PPKP JPA 2021: PERINGKAT, BIDANG DAN INSTITUSI PENGAJIAN

(i) Peringkat pengajian yang ditaja untuk pengajian secara separuh masa adalah ljazah Pertama sahaja.

(ii) Bidang pengajian yang terlibat adalah bidang keperluan guna tenaga perkhidmatan awam seperti LAMPIRAN I kecuali bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Veterinar dan Undang-Undang. Namun, bidang pendidikan hanya terhad kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sahaja.

(iii) Senarai Universiti Awam/ Politeknik yang terlibat adalah seperti di LAMPIRAN II.

SYARAT PERMOHONAN

(I) Pegawai Kumpulan Pelaksana dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;

(ii) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini sebelum atau pada tarikh tutup permohonan (21 Mei 2021);

(iii) Mencapai markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun di skim perkhidmatan terkini secara berturut-turut (2018, 2019 & 2020). Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;

(iv) Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari 2021;

(v) Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun pada 1 Januari 2021;

(vi) Memperoleh pencapaian akademik:

  • a) Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk kepujian subjek Bahasa Melayu dan lulus Sejarah atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau setara; dan
  • b) Memiliki kelulusan sama ada Diploma/ Diploma TVET/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/ ALevel atau yang setara dengannya;

(vii) Memperoleh skor bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) berdasarkan kepada ketetapan universiti;

(viii) Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan melalui Agensi
Kelayakan Malaysia (MQA);

(ix) Telah menerima tawaran dan memulakan pengajian (belum mempunyai Purata Nilai Gred Keseluruhan – PNGK) di peringkat ljazah Pertama secara separuh masa pada tarikh tutup permohonan (21 Mei 2021).

atau

Sedang dalam pengajian di peringkat ljazah Pertama secara separuh masa (dengan PNGK minimum 3.00) dan mempunyai sekurangkurangnya baki tiga (3) semester pada tarikh tutup permohonan (21 Mei 2021).

(x) Pegawai yang memohon kemudahan ini hendaklah mengikuti kursus pada peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik yang telah dimiliki.

(xi) Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/
sederhana/ pendek di bawah kemudahan cuti belajar sedia ada seperti berikut:

Tempoh Kursus Tempoh Menunggu
(Dikira sehingga 1 Januari 2021)
Lebih 12 bulan 2 tahun
Lebih dari 3 bulan,
kurang dari 12 bulan 1 tahun
Kurang dari 3 bulan Tiada

(xii) Telah mendapat kelulusan melanjutkan pengajian secara separuh masa daripada Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan;

(xiii) Bebas dari sebarang pertuduhan/tindakan tatatertib/ dakwaan mahkamah;

(xiv) Bukan peminjam tegar pinjaman pelajaran atau bukan dalam senarai hitam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau badan penaja lain;

(xv) Telah mengisytiharkan harta;

(xvi) Calon perlu bebas dari sebarang penyakit kronik seperti LAMPIRAN Ill; dan

(xvii) Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi
penaja yang lain bagi pengajian yang diikut

2)PERINGKAT PENGAJIAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA / DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA / DIPLOMA / IJAZAH PERTAMA SECARA SEPENUH MASA

PPKP JPA 2021: PERINGKAT DAN BIDANG PENGAJIAN

(i) Peringkat pengajian yang ditaja untuk pengajian secara sepenuh masa adalah Sijil atau Diploma Kemahiran Malaysia, Diploma atau ljazah Pertama.

(ii) Bidang pengajian yang terlibat adalah :

a) Bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (6 hingga 24 bulan) dan Diploma Kemahiran Malaysia (24 hingga 36 bulan) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) seperti LAMPIRAN 1.
Walau bagaimanapun, bidang-bidang ini adalah tertakluk kepada penawaran semasa oleh Pusat Bertauliah Awam (PBA) tersebut; dan

b) Bidang keperluan guna tenaga perkhidmatan awam bagi kemasukan peringkat Diploma (36 bulan) dan ljazah Pertama (36 hingga 48 bulan) seperti LAMPIRAN 2 kecuali bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Veterinar dan Undang-Undang. Namun, bidang pendidikan hanya terhad kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sahaja.

Maklumat lanjut tentang syarat kelayakan, sila rujuk https://esilav2.jpa.gov.my/

PERMOHONAN DALAM TALIAN & MAKLUMAT LANJUT DI
http: //esilav2.jpa.gov.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: