IQ-NILAM: Cara Rekod Bacaan Murid Guna Handphone & Laptop

Program NILAM Online (Nadi Ilmu Amalan Membaca) @ IQ-NILAM

Makluman untuk para ibu bapa, bermula tahun 2021 ini, semua murid akan mengisi data bacaan NILAM masing-masing ke dalam sistem IQ-NILAM pada pautan berikut https://iqnilam.moe.gov.my

Anak-anak amat digalakkan membaca dalam tempoh PKP ini.

Jadi, di sini kami ingin kongsikan cara mengisi data bacaan dalam IQ-NILAM dengan mudah menggunakan handphone atau laptop.

Ia bukan saja dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan perkembangan bahasa, malah ia boleh direkodkan untuk dalam sistem NILAM yang kini diperkenalkan secara digital.

iq nilam

Kenapa mesti rekodkan bacaan dalam sistem IQ NILAM ya?

Hasil bacaan anak-anak dalam sistem ini akan membantu mereka mencapai tahap 5 bintang untuk rekod mereka seterusnya membantu pencapaian dalam PAJSK.

Ibu bapa murid-murid disarankan menggalakkan dan memantau pembacaan anak-anak di rumah demi kejayaan mereka.

Semoga dengan bantuan ibu-bapa semua, anak-anak kita dapat terus membaca walau di mana mereka berada.

Baca juga: Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2022/2023 KPM (Dari 1 Mac 2021)

IQ-NILAM: Cara Rekod Bacaan Murid Guna Handphone & Laptop

Sila guna Google Chrome dan setkan akaun Google Classroom murid sebagai email utama.

Anda boleh menggunakan handphone atau laptop untuk login ke laman web dengan mudah.

iq nilam

Ikuti langkah berikut untuk merekod bahan bacaan dalam sistem IQ-NILAM

  1. Layari laman web https://iqnilam.moe.gov.my
  2. Sila log masuk menggunakan ID DELIMA (e-mel dan password dibekalkan oleh pihak sekolah kepada setiap orang murid)
  3. Borang Maklumat Bacaan Murid akan dipaparkan.
  4. Isikan ruangan item dengan maklumat yang berkaitan seperti berikut:
    • Maklumat Bahan Bacaan
      • Tajuk Buku
      • Pilihan Bahasa
      • Tahun Terbitan
      • Pengarang
      • Penerbit
    • Jenis Bahan Bacaan
      • Buku Fiksyen
      • Buku Bukan Fiksyen
      • Bukan Buku (Contoh: Artikel, Majalah, Brosur, Komik dan sebagainya)
      • Bahan Digital (Sila copy link URL / pautan digital library)
    • Rumusan
    • Aktiviti Pengayaan
    • Aktiviti Lain-lain (jika ada)
  5. Setelah selesai mengisi, klik butang SIMPAN.
  6. Selesai! Paparan JUMLAH BUKU akan bertambah seperti dalam skrin di bawah setiap kali murid merekodkan hasil bacaan.
iq nilam

Banyak Bahan Bacaan Boleh Diterokai Secara Digital Juga

Jika sukar untuk ke perpustakaan, murid boleh membaca buku-buku secara digital di rumah menggunakan bahan bacaan dari Digital Library yang juga terdapat dalam Portal DELIMa KPM.

Lain-lain apps bahan bacaan juga boleh diterokai musim cuti sekolah ini antaranya:

Baca juga: 14 Apps Pendidikan / Bahan Bantuan Mengajar (BBM) Untuk Anak (Bahasa Malaysia)

Jom Manfaatkan Masa Dengan Membaca!

Murid yang mempunyai rekod bacaan NILAM yang tertinggi bagi setiap tahap akan layak menerima trofi, hadiah dan sijil.

Murid tersebut jugak layak untuk terlibat dengan Pemilihan Tokoh NILAM bagi mewakili sekolah.

Rekod Bacaan NILAM juga akan dinilai dalam Penilaian PAJSK (Pentafsiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum).

Menarik kan?

Jadi, jom manfaatkan masa dan rebut peluang memenuhkan rekod IQ NILAM murid-murid dalam tempoh PKP ini ok!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: