Ranking Universiti Di Malaysia Terbaik Dunia 2022 – 2023

universiti terbaik malaysia

SENARAI UNIVERSITI TERBAIK DI MALAYSIA 2022 – 2023

Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia terus kekal tersenarai dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2023.

Universiti Malaya (UM) mendahului institusi pendidikan di Malaysia dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2023 dan mengekalkan tempatnya dalam kalangan 100 universiti terbaik antarabangsa untuk tahun kelima berturut-turut.

Berdasarkan laman QS Top University, kedudukan UM bagaimanapun jatuh lima anak tangga apabila kini berada di tempat ke-70 dalam QS World University Rankings 2023 yang dikeluarkan hari ini.

Antara indikator penilaian yang digunakan untuk menentukan markah ialah reputasi akademik, reputasi majikan, petikan setiap fakulti, nisbah pelajar fakulti, rangkaian penyelidikan antarabangsa dan hasil pekerjaan.

Sebanyak 24 institusi pengajian tinggi Malaysia direkodkan tersenarai tahun ini, dengan kebanyakannya meningkatkan kedudukan mereka.

Universiti Putra Malaysia melonjak daripada kedudukan 143 ke 123, iaitu lonjakan sebanyak 20 tangga, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia melonjak dari 144 ke 129.

Universiti Sains Malaysia memperoleh empat mata daripada 147 kepada 143, tetapi kedudukan Universiti Teknologi Malaysia jatuh daripada 191 kepada 203.

Sementara itu, Taylor’s University dinamakan universiti swasta nombor satu di Asia Tenggara untuk tiga tahun berturut-turut, menduduki tempat ke-284 keseluruhan daripada tempat ke-332 tahun lalu.

Universiti USCI naik daripada tempat ke-347 kepada tempat ke-284, dan Universiti Teknologi Petronas daripada tempat ke-414 kepada tempat ke-361.

Universiti Nasional Singapura (NUS) dinobatkan universiti terkemuka di Asia, diikuti Universiti Peking China dan Universiti Tsinghua dengan masing-masing berada di tempat ke-11, ke-12 dan ke-14 dalam ranking keseluruhan.

blank
Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

QS World University Rankings 2023 membabitkan penilaian ke atas 1,422 institusi, peningkatan daripada 1,300 institusi tahun lalu.

Tahniah!

Baca juga: Kalendar Islam 2022 (1443-1444 H) & Tarikh-tarikh Penting – JAKIM

Apakah Universiti yang tersenarai dalam senarai terbaik di dunia?


Berikut adalah senarai universiti terbaik di Malaysia (ranking terkini 2022 / 2023)

1. Universiti Malaya (70)
2. Universiti Putra Malaysia (123)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (129)
4. Universiti Sains Malaysia (143)
5. Universiti Teknologi Malaysia (203)
6. Taylor’s University (284)
7. UCSI University (284)
8. Universiti Teknologi Petronas (361)
9. Universiti Utara Malaysia (481)
10. Management and Science University

Apakah universiti terbaik di Malaysia?

Universiti Malaya (UM) mendahului institusi pendidikan di Malaysia dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2023 dan mengekalkan tempatnya dalam kalangan 100 universiti terbaik antarabangsa untuk tahun kelima berturut-turut.

Apakah universiti awam yang terbaik di Malaysia?

Universiti Malaysia adalah universiti terbaik di Malaysia secara keseluruhan dan juga merupakan universiti awam terbaik di negara ini.

Apakah universiti swasta terbaik di Malaysia?

Taylor’s University dinamakan universiti swasta nombor satu di Asia Tenggara untuk tiga tahun berturut-turut, menduduki tempat ke-284 keseluruhan (2022 / 2023) daripada tempat ke-332 tahun lalu.

Apakah QS World University Ranking?


QS World University Rankings ialah penerbitan tahunan kedudukan universiiti yang dijalankan oleh Quacquarelli Symonds (QS).
Sistem QS kini terdiri dari keseluruhan dan juga terdiri dari subjek peringkat global, bersama lima rantau bebas (Asia, Amerika Latin, Eropah dan Asia Tengah, Wilayah Arab, dan BRICS).
Ini ialah satu-satunya kedudukan antarabangsa yang telah menerima persetujuan dari International Ranking Expert Group (IREG),dan dari jenis yang dipandang sebagai salah satu yang paling banyak dibaca, bersama dengan Academic Ranking of World Universities dan Times Higher Education World University Rankings.

Baca juga: Harga Proton X70 Edisi 2022, Warna & Varian Terkini