Pindaan Tarikh UPKK 2022 Susulan PRU15

Pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) seperti yang dijadualkan pada tarikh 14 hingga 17 November ini ditunda bagi memberi laluan kepada persediaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, tarikh baharu pelaksanaan UPKK (bertulis) bagi Ulum Syariah (Akidah Dan Ibadah) pada 14 November dipinda pada 28 November manakala Sirah Jawi dan Khat pada 15 November dipinda pada 29 November.

Katanya, ujian bagi Adab pada 16 November dipinda pada 30 November manakala Lughah al-Quran pada 17 November dipinda pada 1 Disember.

“Pindaan ini dibuat bagi memberi ruang persediaan dan pelaksanaan PRU-15 yang berlangsung pada 19 November.”

“Jakim prihatin dan mengambil berat dengan keputusan yang telah ditetapkan serta amat menghargai komitmen semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan UPKK kali ini, “katanya.

Berikut dilampirkan kenyataan media oleh JAKIM untuk rujukan bersama.

tarikh upkk 2022
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

KENYATAAN MEDIA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) BERKENAAN PINDAAN TARIKH UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2022

1. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah bersetuju untuk meminda tarikh pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) (Bertulis) seperti yang dijadualkan pada 14 hingga 17 November 2022.

2. Tarikh baharu pelaksanaan UPKK (Bertulis) adalah seperti berikut:

i. Ulum Syariah (Akidah Dan Ibadah) pada 14 November 2022 (Isnin) DIPINDA PADA 28 November 2022 (Isnin)

ii. Sirah Jawi Dan Khat pada 15 November 2022 (Selasa) DIPINDA PADA 29 November 2022 (Selasa)

iii. Adab pada 16 November 2022 (Rabu) DIPINDA PADA 30 November 2022 (Rabu)

iv. Lughah Al-Quran pada 17 November 2022 (Khamis) DIPINDA PADA 1 Disember 2022 (Khamis)

3. Pindaan ini dibuat bagi memberi ruang persediaan dan pelaksanaan Pilihanraya Umum ke 15 yang berlangsung pada 19 November 2022.

4. JAKIM amat prihatin dan mengambil berat dengan keputusan yang telah ditetapkan serta amat menghargai komitmen semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan UPKK kali ini.

Sekian, terima kasih.

DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF

Ketua Pengarah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

27 Oktober 2022

Baca juga: Senarai Calon Parti Politik Yang Berdaftar Dengan SPR (PRU15)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: