Senarai Calon Parti Politik Yang Berdaftar Dengan SPR (PRU15)

parti spr pru15

Senarai Calon & Parti Politik Yang Berdaftar Dengan SPR Setakat 25 Oktober 2022 (PRU15)

Untuk menjadi seorang ahli Dewan Rakyat (Parlimen), seseorang itu mestilah dicalonkan dan memenangi dalam pilihan raya bahagian Parlimen.

Begitu juga halnya jika seseorang itu mahu menjadi seorang ahli Dewan Undangan Negeri bagi mana-mana negeri maka orang itu mestilah dicalonkan dan memenangi pilihan raya Dewan Undangan Negeri.

Hari Penamaan Calon PRU15

Hari Penamaan Calon PRU15 ditetapkan pada 5 November 2022.

Pada hari penamaan calon yang ditetapkan, diantara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi, Pegawai Pengurus akan menerima borang-borang penamaan dari calon, pencadang atau penyokong atau ketiga-tiganya sekali.

Selain dari penyerahan borang penamaan, calon, pencadang atau penyokong perlu juga menyertakan deposit pilihan raya dan Borang Akaun Berkanun iaitu Borang 5 untuk calon bagi ahli Dewan Rakyat dan Borang 5A untuk calon bagi Ahli Dewan Undangan Negeri.

Borang-borang ini perlu dimatikan setem di Pejabat Duti Setem.

Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding selepas selesai proses penamaan calon.

Jika hanya seorang saja calon yang layak, Pegawai Pengurus akan mengumumkan calon tersebut menang tanpa bertanding.

Senarai Parti Politik Yang Berdaftar Dengan SPR Setakat 25 Oktober 2022 (PRU15)

Calon PRU15 akan diwakili oleh parti politik berikut yang telah didaftarkan dengan SPR:

LAMBANGNAMA PARTI
BARISAN NASIONAL OF MALAYSIA (BN)
blankPARTI PESAKA BUMIPUTRA BERSATU SARAWAK (PBB)
blankPARTI KEADILAN RAKYAT (PKR)
blankPARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS)
blankPARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM)
blankPERTUBUHAN KINABALU PROGRESIF BERSATU (UNITED PROGRESSIVE KINABALU ORGANISATION) (UPKO)
blankDEMOCRATIC ACTION PARTY, MALAYSIA (DAP)
blankPARTI LIBERAL DEMOKRATIK (THE LIBERAL DEMOCRATIC PARTY) (LDP)
blankPARTI BERSATU SASA MALAYSIA (MALAYSIA UNITED PEOPLE’S PARTY) (BERSAMA)
blankPARTI MAJU SABAH (PMS) (SABAH PROGRESSIVE PARTY (SAPP)
blankPARTI ASPIRASI RAKYAT SARAWAK (SARAWAK PEOPLE’S ASPIRATION SARAWAK) (ASPIRASI)
blankKONGRES INDIAN MUSLIM MALAYSIA (KIMMA)
blankPARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA (MALAYSIAN PEOPLE`S MOVEMENT PARTY) (GERAKAN)
blankBARISAN KEMAJUAN INDIA SE-MALAYSIA (ALL MALAYSIAN INDIAN PROGRESSIVE FRONT) (AMIPF)
blankPARTI PUNJABI MALAYSIA (MALAYSIAN PUNJABI PARTY) (PPM)
blankPERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) (UMNO)
blankPARTI AMANAH NEGARA (AMANAH)
blankPARTI RAKYAT BERSATU SARAWAK (SARAWAK UNITED PEOPLES’ PARTY) (SUPP)
blankPARTI DEMOKRATIK PROGRESIF SARAWAK (SARAWAK PROGRESSIVE DEMOCRATIC PARTY) (PDP)
blankTHE MALAYSIAN INDIAN CONGRESS (MIC)
blankPARTI BERSATU RAKYAT SABAH (PBRS)
blankBARISAN JAMAAH ISLAMIAH SE MALAYSIA (BERJASA)
blankMALAYSIAN CHINESE ASSOCIATION (MCA)
blankMALAYSIAN CEYLONESE CONGRESS (MCC)
blankPARTI MAKKAL SAKTI MALAYSIA (MALAYSIA MAKKAL SAKTI PARTY) (M.M.S.P.)
blankPARTI SOSIALIS MALAYSIA (BARU) (SOCIALIST PARTY OF MALAYSIA) (SPM) (PSM)
blankPARTI RAKYAT SARAWAK (PRS)
blankPARTI CINTA MALAYSIA (PCM)
blankPARTI PERPADUAN RAKYAT SABAH (PPRS)
blankPERTUBUHAN KEBANGSAAN SABAH BERSATU (UNITED SABAH NATIONAL ORGANISATION) (USNO)
blankPARTI KERJASAMA ANAK NEGERI (ANAK NEGERI)
blankPEOPLE’S ALLIANCE FOR JUSTICE OF PEACE (PEACE PARTY –SARAWAK)
blankPARTI TENAGA RAKYAT SARAWAK (TERAS)
blankPARTI KEBANGSAAN SABAH (PKS)
blankPARTI SEJAHTERA ANGKATAN PERPADUAN SABAH (SAPU)
blankPARTI SARAWAK BERSATU (PSB)
blankPARTI ALTERNATIF RAKYAT (PEOPLE’S ALTERNATIVE PARTY) (PAP)
blankPARTI CINTA SABAH (PCS)
blankPARTI WARISAN SABAH (WARISAN)
blankPARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU)
blankPARTI SOLIDARITI TANAH AIRKU (STARSABAH)
blankPARTI HARAPAN RAKYAT SABAH (HARAPAN RAKYAT)
blankPARTY BUMI KENYALANG (PBK)
blankPARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN)
blankPARTI BERSAMA MALAYSIA (MALAYSIAN UNITED PARTY) PBM (MU)
blankPERTUBUHAN PERPADUAN RAKYAT KEBANGSAAN SABAH (PERPADUAN)
blankPENANG FRONT PARTY (PFP)
blankPARTI DAMAI SABAH (SABAH PEACE PARTY) (SPP)
blankPARTI BERSATU SABAH (SABAH UNITED PARTY) (PBS)
blankPAKATAN HARAPAN (PH)
blankGABUNGAN PARTI SARAWAK (GPS)
blankPARTI BUMIPUTERA PERKASA MALAYSIA (PUTRA)
blankPARTI SEDAR RAKYAT SARAWAK (SEDAR)
blankPARTI GAGASAN RAKYAT SABAH (PARTI GAGASAN)
blankPERIKATAN NASIONAL (PN)
blankPARTI KEMAJUAN MALAYSIA (MALAYSIAN ADVANCEMENT PARTY) (MAP)
blankPARTI PEJUANG TANAHAIR (PEJUANG)
blankPARTI PERIKATAN INDIA MUSLIM NASIONAL (IMAN)
blankPARTI BANSA DAYAK SARAWAK (PBDS)
blankPARTI BANGSA MALAYSIA (PBM)
blankIKATAN DEMOKRATIK MALAYSIA (MALAYSIAN UNITED DEMOCRATIC ALLIANCE) (MUDA)
blankPARTI GABUNGAN RAKYAT SABAH (GRS)
blankPARTI KESEJAHTERAAN DEMOKRATIK MASYARAKAT (KDM)
Sumber: https://www.spr.gov.my/

JUMLAH : 63 PARTI BERDAFTAR

Rujuk lampiran oleh SPR

blank
blank

FAKTA-FAKTA UMUM UNTUK CALON

  1. Menjadi Ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
    Untuk menjadi seorang ahli Dewan Rakyat (Parlimen), seseorang itu mestilah dicalonkan dan memenangi dalam pilihan raya bahagian Parlimen. Begitu juga halnya jika seseorang itu mahu menjadi seorang ahli Dewan Undangan Negeri bagi mana-mana negeri maka orang itu mestilah dicalonkan dan memenangi pilihan raya Dewan Undangan Negeri.
  2. Syarat Kelayakan Menjadi Calon
    1. Pilihan Raya Dewan Rakyat
      • Seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di dalam Persekutuan (Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan) semasa pencalonan.
      • Berumur tidak kurang daripada lapan belas  (18) tahun pada hari penamaan calon.
    2. Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri
      • Seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di dalam negeri di mana ia ingin bertanding.
      • Berumur tidak kurang daripada dua puluh satu (21) atau lapan belas (18)  tahun berdasarkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri/Undang-Undang Tubuh Kerajaan/Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan/Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan negeri masing-masing pada hari penamaan calon.
  3. Hilang Kelayakan Menjadi Calon
    • Didapati atau disahkan sebagai orang tidak sempurna akal;
    • Seseorang bankrap yang belum lepas;
    • Seseorang yang memegang “jawatan berpendapatan”;
    • Seseorang itu apabila telah dicalonkan untuk pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri atau menjadi Ejen Pilihan Raya kepada orang yang telah dicalonkan, dia telah gagal untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang di dalam masa dan cara yang dikehendaki;
    • Seseorang yang telah disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah di dalam Persekutuan (atau sebelum hari Malaysia di dalam kawasan-kawasan Sabah atau Sarawak atau Singapura) dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu (1) tahun atau didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit Malaysia (RM2,000.00) dan belum menerima pengampunan;
    • Didapati telah mendapat kewarganegaraan atau telah menggunakan hak kewarganegaraan negara asing atau telah membuat pengakuan taat setia kepada mana-mana negara asing.
  4. Deposit
    Undang-undang menetapkan seseorang yang ingin bertanding dalam pilihan raya dikehendaki mengemukan wang deposit yang ditetapkan seperti berikut:
    Jika wang deposit tidak disertakan, kertas penamaannya dianggap sebagai tidak lengkap dan Pegawai Pengurus berkuasa untuk tidak menerima kertas penamaan tersebut.
    • Pilihan Raya Parlimen- RM10,000.00
    • Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri- RM5,000.00
  5. Deposit Bahan Kempen Pilihan Raya
    Calon-calon hendaklah membayar deposit bahan kempen pilihan raya seperti berikut:
    Sekiranya calon gagal mengemukakan deposit bahan kempen adalah tidak dibenarkan untuk memasang atau mempamer sebarang bahan kempen pilihan raya. Jika disabit kesalahan di bawah Sekyen Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan dengan pekara tersebut, Calon berkenaan boleh dihukum penjara selama tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.
    • Pilihan Raya Parlimen- RM5,000.00
    • Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri- RM3,000.00
  6. Keistimewaan Untuk Seseorang Calon Pada Hari Mengundi
    Calon adalah dibenarkan melawat tempat-tempat berikut:
    • Tempat mengundi/mengira undi.
    • Pusat mengira undi berpusat dan berkelompok.
    • Pusat pengeluaran, pembukaan dan pengiraan undi pos.
    • Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.

Baca juga: