Semakan Kemasukan MRSM Sesi 2023 & Permohonan Rayuan
Calon-calon bagi kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan Satu dan Empat sesi 2023 boleh membuat semakan tawaran kemasukan ke MRSM pada hari ini, bermula jam 8.00 malam, 7 Mac 2023.
Pemohon boleh membuat semakan menerusi portal rasmi MARA mulai 7 Mac 2023.
Calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.
Kemudian calon tersebut perlu membuat pengesahan penerimaan tawaran kemasukan ke MRSM dalam tempoh tujuh hari menerusi pautan dalam portal.
Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh tersebut, tawaran berkenaan dianggap terbatal.
Untuk makluman, sebarang pertukaran program dan penempatan MRSM adalah tidak dibenarkan.
Berikut dikongsikan info lanjut dan cara membuat semakan kemasukan ke MRSM bagi sesi 2023 untuk pemohon Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Cara Semakan Kemasukan MRSM 2022
Keputusan kemasukan ke MRSM boleh disemak secara online.
- Sila layari pautan ke portal rasmi Mara di: www.mara.gov.my
- ATAU ttau terus ke pautan UKKM MARA di: https://www.mara.gov.my/semakan-ukkm-tingkatan-1-4-2022/
- Log masuk dengan menaipkan ID yang telah didaftarkan.
- Keputusan anda akan dipaparkan.
- Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi pautan sistem MyMrsm dalam portal Mara.
NOTA: Sebarang pertukaran program dan penempatan MRSM adalah tidak dibenarkan.
Tarikh tutup TERIMA TAWARAN MRSM adalah 7 hari selepas keputusan diumumkan. Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh 7 hari, tawaran kepada calon berkenaan dianggap terbatal.
Baca juga: Bantuan Pendidikan BAKTIDESA Untuk Kemasukan Sekolah & IPT
Tarikh Pendaftaran
Pendaftaran pelajar baharu ditetapkan pada jam 8.30 pagi, 21 Mac 2023 di MRSM yang ditawarkan masing-masing.
Permohonan Rayuan Ke MRSM 2023
Permohonan rayuan ke MRSM akan mula dibuka secara dalam talian, bermula pada 7 hingga 14 Mac ini.
Soalan Lazim Semakan Keputusan MRSM 2022 / 2023
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, anda boleh emelkan pertanyaan anda melalui e-mel berikut: [email protected]
Atau, hubungi talian rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-2613 4531 / 32 / 33/ 17 / 16 / 78 / 34483