Kisah Wanita Berjaya Simpan RM3,000 Sebulan Selepas Ikut 4 Langkah Ini

blank

Anda masih dibelenggu masalah sukar menyimpan wang setiap bulan? Jangan risau, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Perkara ini telah berjaya dibuktikan oleh seorang wanita yang berjaya mengumpul RM3,00 sebulan selepas mengikut 4 langkah ini.

Apakah langkah-langkah tersebut?

Menurut perkongsian daripada Tuan Faizul Ridzuan, nasihat daripada sifu hartanah ini sangat berguna untuk diamalkan kepada anda yang masih tidak dapat menyelesaikan hutang yang banyak.

Tidak dinafikan ramai yang berdepan dengan masalah kewangan, lebih-lebih lagi di musim pandemik ini.

Tuan Faizul Ridzuan telah berjumpa dan memberikan konsultansi atau khidmat nasihat kepada wanita yang mempunyai masalah komitmen pinjaman yang terlalu tinggi.

Baca juga: Tips Dari Peguam Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang

blank

Tuan Faizul Ridzuan strukturkan semula kewangan beliau, dan antara hasilnya adalah: Wanita ini mampu untuk simpan lebih RM3,000 setiap bulan. Padahal sebelum ini langsung tidak mempunyai kemampuan untuk menyimpan langsung.

Apa lagi hasil yang lain?

Komitmen bulanan beliau turun kepada RM2,050 daripada RM5,000 sebulan. Penurunan yang agak drastik iaitu sekitar 60%.

Kurangkan kadar faedah pinjaman yang beliau ambil daripada 18% setahun kepada 4.5% setahun.

Paling menyeronokkan, wanita itu kini mampu untuk membeli beberapa buah hartanah bagi tujuan pelaburan.

Money problems? Here's how to fix — or avoid — them - BBC Worklife

Sebelum ini beliau pernah cuba minta pinjaman untuk membeli rumah bernilai RM600,000, tetapi gagal kerana komitmen bulanannya terlalu tinggi.

Apakah tindakan dan strategi magik Tuan Faizul Ridzuan gunakan untuk membantu wanita tadi?

Selepas baca perkongsiannya, tak rasa pun teknik yang dikongsikan itu sebagai magik atau susah sangat untuk dibuat.

Ia melibatkan asas kewangan yang simple tetapi padu.

Apa Yang Tuan Faizul Ridzuan Suruh Wanita Tersebut Lakukan?

  1. Habiskan bayar untuk pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang tinggi.
  2. Jika tidak mampu, tukar dengan kadar faedah yang lebih rendah.
  3. Dalam kes wanita ini, Tuan Faizul Ridzuan suruh beliau refinance hartanah yang sedia ada dan gunakan duit itu untuk bayar semua hutang-hutang dan pinjaman yang menyusahkan.
  4. Cuba teka hutang-hutang apa? Jawapannya: Kad kredit, pinjaman peribadi dan juga pinjaman kereta.

Sumber: Gila Hartanah

Baca juga: Mesej Whatsapp Boleh Hilang Selepas 7 Hari. Ini Cara Tutup Fungsi ‘Disappearing Messages’