Persaraan Pilihan : Syarat, Faedah & Cara Permohonan Bersara Pilihan
Syarat Baharu Berkenaan Permohonan Persaraan Pilihan : Keperluan Tapisan Keutuhan SPRM Untuk Semua Pegawai Di Semua Gred Berkuatkuasa Bagi Permohonan Bersara Pilihan Yang Diterima JPA/KWAP Mulai 1 Januari 2022
JPA sebagai pihak berkuasa pencen telah memutuskan tapisan keutuhan SPRM bagi permohonan persaraan pilihan perlu ditambahbaik.
Justeru, semua permohonan persaraan pilihan bagi SEMUA pegawai di SEMUA GRED JAWATAN perlu melalui tapisan keutuhan SPRM sebelum permohonan persaraan pilihan pegawai dikemukakan ke JPA / KWAP.
Syarat baharu ini berkuatkuasa bagi permohonan persaraan_pilihan yang diterima JPA/KWAP bermula 1 Januari 2022.
Boleh muat turun surat edaran melalui pautan ini :
Baca juga:
- Semakan Penyata Pencen Online Pesara Kerajaan 2022 & Kenaikan 2%
- Kad Pesara Kerajaan, Kemudahan Perkhidmatan & Kod-kod Berkaitan
- Tarikh Bayaran Pencen Tahun 2022 Pesara Kerajaan (Jadual Bulanan)
Berikut dikongsikan info lanjut tentang syarat Bersara Pilihan untuk makluman bersama.
Apakah Persaraan Pilihan?
Persaraan Pilihan Di bawah Seksyen 12 Akta 227/239
- Telah disahkan dalam jawatan;
- Telah diluluskan Pemberian Taraf Berpencen
- Berumur 40 tahun dan ke atas
- Mempunyai Tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun yang boleh dimasukira
- Permohonan persaraan pilihan disokong oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan 3 bulan dari tarikh diperakukan untuk bersara oleh jabatan
- Perlu mengemukakan laporan tapisan keutuhan Badan Pencegah Rasuah (bagi Gred 27 dan ke atas sahaja)
Bayaran faedah persaraan akan dibuat ;-
Tarikh lantikan | Sebelum 12 April 1991 | Pada dan selepas 12 April 1991 |
Ganjaran | Pada tarikh persaraan | Pada tarikh persaraan |
Wang Gantian Cuti Rehat | Pada tarikh persaraan | Pada tarikh persaraan |
Pencen bulanan | Apabila mencapai umur 45 tahun bagi semua pegawai perempuan dan bagi pegawai lelaki di jawatan:pegawai perkhidmatan Bomba berpangkat rendahPegawai Polis berpangkat rendahpegawai Penjara Berpangkat rendahJururawat lelaki di Hospital mental Apabila mencapai umur 50 tahun bagi pegawai lelaki selain yang dinyatakan di atas | Apabila mencapai umur 55 tahun bagi pegawai lelaki dan perempuan |
Faedah Persaraan Pilihan
Faedah Persaraan | Formula Pengiraan |
Pencen | 1/600 X Jumlah genap bulan perkhidmatan yang dimasukira X Gaji akhir yang diterima Tertakluk kepada pencen maksimum sebanyak 3/5 dari gaji akhir diterima |
Ganjaran | 7.5% X Jumlah genap bulan perkhidmatan yang dimasukira X Gaji akhir yang diterima |
Borang Dan Dokumen Yang Diperlukan
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan info terkini tentang maklumat persaraan, sila rujuk saluran berikut:
- Laman web JPA : http://www.jpapencen.gov.my/
- Facebook Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN)