Peperiksaan Ulangan SPM (SPMU) 12-14 September 2022

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2022 akan dilaksanakan bermula 12 hingga 14 Sept ini melibatkan 7,720 calon di 209 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Lembaga Peperiksaan (LP) menerusi kenyataan hari ini meminta semua calon untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat seperti tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

“Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan oleh LP bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan.

spmu spm ulangan
spmu spm ulangan
spmu spm ulangan

Jadual waktu peperiksaan SPMU 2022 dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun melalui laman sesawang rasmi LP di http://lp.moe.gov.my atau

Jadual Waktu Peperiksaan SPMU Tahun 2022 boleh dimuat turun dari laman web KPM:

Sementara itu, seramai 1,317 orang petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu manakala 1,441 orang dilantik untuk Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Bertulis bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu.

Apakah SPM Ulangan (SPMU)?

Peperiksaan ini ditawarkan hanya kepada calon yang pernah menduduki peperiksaan SPM (calon mengulang) sahaja tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Mata pelajaran yang ditawarkan adalah Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah sahaja tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Cara Pendaftaran SPMU

Daftar permohonan pendaftaran sebagai calon SPMU boleh dibuat melalui laman web https://sppat2.moe.gov.my/

Sila rujuk panduan memohon pendaftaran SPMU di sini.

Sila rujuk panduan bayaran perbankan elektronik semasa permohonan pendaftaran di sini.

Semakan

Semak status permohonan pendaftaran SPM Ulangan boleh dibuat melalui laman web https://sppat2.moe.gov.my/

Sila rujuk panduan menyemak permohonan SPMU di sini.

Sila rujuk panduan bayaran perbankan elektronik di laman Semakan di sini.

Tarikh Penting SPMU 2022

PerkaraTarikh
1.Permohonan Pendaftaran SPMU 202208/05/2022 – 12/07/2022
2.Semak Status Permohonan Pendaftaran SPMU 2022mulai 30/07/2022
3.Tarikh peperiksaan SPMU 2022*Sila rujuk jadual peperiksaan SPMU 2022

Peringatan Kepada Calon

  1. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat sebelum menghantar borang permohonan. Lembaga Peperiksaan berhak membatalkan pendaftaran calon sekiranya maklumat yang diberikan tidak benar atau palsu.
  2. Permohonan hanya dibuka kepada calon yang pernah mengambil SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC.
  3. Membuat permohonan pendaftaran SPMU di portal Permohonan Pendaftaran SPMU antara 08/05/2022 sehingga 12/07/2022.
  4. Bayaran bagi permohonan pendaftaran SPM hendaklah dilaksanakan melalui kaedah perbankan elektronik.
  5. Setelah melaksanakan permohonan dan bayaran secara dalam talian, pemohon hendaklah mencetak dan menghantar/mengepos dokumen berikut dalam tempoh 7 hari ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat pemohon memilih untuk menduduki peperiksaan:
    • Salinan Kenyataan Semakan;
    • Salinan Resit bayaran (perbankan elektronik); dan
    • 4 keping sampul Pos Laju Prabayar atau Pos Ekspres bersaiz A5 beralamat sendiriKegagalan calon mengemukakan dokumen di perkara 5, akan menyebabkan calon tidak menerima maklumat penting berkaitan peperiksaan.

      Alamat JPN boleh didapati di portal Lembaga Peperiksaan (https://lp.moe.gov.my)
  6. Membuat semakan permohonan pendaftaran SPMU di portal Semakan Permohonan Pendaftaran SPMU mulai 30/07/2022.
  7. Pastikan borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) dicetak dan dibawa bersama-sama maklumat peribadi ke pusat peperiksaan semasa hari peperiksaan dijalankan.
  8. Permohonan pindah pusat peperiksaan setelah pendaftaran berjaya dilaksanakan, hendaklah dimohon antara 24/06/2022 sehingga 30/06/2022.
  9. Permohonan pembetulan maklumat setelah pendaftaran berjaya dilaksanakan, hendaklah dimohon antara 24/06/2022 sehingga 30/06/2022.
  10. Sebarang pengemaskinian maklumat (permohonan pindah pusat peperiksaan dan pembetulan maklumat) hanya boleh dibuat di JPN negeri tempat calon memilih untuk menduduki peperiksaan.
  11. Jika ada sebarang pengemaskinian maklumat, borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) perlu dicetak semula.

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: