in

Video Tular Kanak-Kanak Ditampar Bapa Hingga Tersungkur Undang Reaksi Warganet

ADVERTISEMENT

Sayu hati melihat seorang bapa sanggup menampar seorang kanak-kanak di tempat awam kerana melintas jalan seorang diri.

Sebuah rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dipukul bapa tular di laman sosial baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

Perkongsian video berkenaan tular di laman sosial Twitter. Seorang pengguna dikenali sebagai @admqrie memuatnaik kembali video berkenaan dari laman sosial TikTok. Ia memaparkan seorang lelaki memberi amaran kepada seorang bapa yang memukul anaknya sendiri.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian wargamaya ialah tindakan spontan anak kecil berkenaan mempertahankan bapanya dari dikasari individu berkenaan.

Terdahulu, kanak-kanak perempuan itu yang sebelum itu jatuh tersungkur ditampar bapanya.

Rentetan itu, warganet meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan bapa kanak-kanak berkenaan yang menyakiti anaknya.

Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter

Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat dipastikan walaupun ada wargamaya yang mendakwa ia terjadi di kawasan Chow Kit.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak berhubung kejadian berkenaan.

Kecuaian ibu bapa dalam menjaga keselamatan anak tidak boleh dipandang remeh kerana ia membabitkan nyawa si kecil. Perlu diketahui perbuatan memukul bukan sahaja menjatuhkan maruah kanak-kanak tersebut, tetapi juga boleh dikaitkan penderaan. Semoga kita semua akan menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak kita.

Sumber: Twitter @admqrie

Baca juga: Lebih 1,000 Kucing Berkeliaran Di Koh Phi Phi, Ditinggalkan Tak Bertuan

Written by aisyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

homestay selangor private pool

Senarai Homestay Di Selangor / KL / Putrajaya Dengan Private Pool (Terkini)

Cara Order Starbucks Sedap & Harga Berpatutan. (Menu Custom Drink Viral)