‘Shopping Mall’ Jadi Tempat Perjumpaan Raya Akan Disenarai Dalam HIDE

PETALING JAYA: Beberapa pusat membeli-belah akan disenaraikan dalam sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) sekiranya ia didapati menjadi tumpuan perjumpaan keluarga ketika Hari Raya baru-baru ini, kata Datuk Seri Dr Adham Baba.

“Apabila kita melarang perjumpaan keluarga atau aktiviti ziarah rumah ke rumah, ada segelintir yang mengambil jalan untuk beraya dan berjumpa sanak-saudara di shopping mall.”

Perbuatan seperti ini boleh mencetuskan krisis kes positif Covid-19 sekiranya berlaku tanpa kawalan di kompleks dan pusat beli belah di seluruh negara,” katanya pada sidang media bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melalui aplikasi Zoom, hari ini.

Taktik ini didapati telah digunakan oleh beberapa keluarga pada cuti Hari Raya iaitu antara 13 dan 15 Mei.

Mengenai usaha dilakukan KKM dan kerajaan dalam menangani kes positif yang semakin meningkat, Dr. Adham berkata, usaha dilakukan dengan meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan rawatan di semua hospital.

Kementeriannya juga telah mengenalpasti pusat beli-belah yang terlibat dan akan disenaraikan dalam sistem HIDE sebagai usaha mengelakkan penularan COVID19.

Senarai terkini HIDE dijangka akan diumumkan pada hari ini atau esok, 18 Mei 2021.

hide hotspot

Baca juga: Pendaftaran Vaksin AstraZeneca Fasa 2 Bagi Warga Emas Dibuka 23 Mei

Premis yang tersenarai dalam HIDE ini akan diarahkan tutup selama 3 hari.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kebimbangan dengan kemunculan kluster di rumah ibadat seperi surau dan masjid serta lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai.

Tambah beliau, usaha berterusan akan dilakukan KKM bagi memastikan dapat membendung dan menyekat penularan kes positif.

*Sumber: The Star, Malaysia Gazette

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: