5 Petua Rawatan Pertumbuhan Gigi Bongsu Yang Memeritkan!
Pada peringkat remaja atau awal dua puluhan akan ada satu petumbuhan gigi geraham ketiga yang dikenali sebagai gigi bongsu. Pertumbuhan gigi bongsu ini sememangnya akan meninggalkan kesakitan yang amat memeritkan.
Gigi bongsu kerap terhimpit kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik. Kesan daripada pertumbuhan ini, akan menyebabkan kesakitan digeraham, jangkitan di gusi dan juga kebengkakan di pipi.
Ia juga boleh menyebabkan penyakit gusi, nafas berbau, kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan dan kesukaran untuk membuka mulut.
Apabila berlakunya kesakitan akibat pertumbuhan gigi bongsu ini, anda disarankan berjumpa dengan doktor ketika ada kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu, kebengkakan muka, kesukaran untuk menelan makanan, kesukaran membuka mulut dan demam.
Jika anda mengalami situasi kesakitan seperti ini, segaralah berjumpa dengan doktor supaya tiada kesan yang lebih teruk lagi terjadi.
Sebelum pergi ke klinik dan berjumpa dengan doktor untuk rawatan pertumbuhan gigi bongsu ini, anda boleh mencuba petua ini untuk melegakan kesakitan buat sementara waktu.
ANTARA PETUA NYA IALAH:
- 1. MAKAN UBAT TAHAN SAKIT.
- 2. BERKUMUR DENGAN AIR SUAM YANG DICAMPUR SEDIKIT GARAM.
- 3. GUNAKAN FLOS UNTUK MENGELUARKAN SISA MAKANAN DI CELAH GIGI.
- 4. HISAP KETULAN AIR BATU SUPAYA GUSI MENJADI KEBAS.
- 5. RAWATAN OLEH DOKTOR PERGIGIAN.
Semasa membuat rawatan di kinik pergigian, doktor akan bersihkan serta cuci gigi dan gusi anda dengan air saline (air garam) dan ubat antibiotik akan diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi).
Jika gigi bongsu tidak terimpak maka gusi yang berlebihan perlu dibuang (insisi). Manakala jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang kali maka gigi itu perlu dicabut melalui pembedahan.
Ini kerana gigi geraham tidak boleh dicabut semudah gigi lain sebaliknya perlu menjalani melalui pembedahan kecil untuk mengeluarkannya. Jadi X-ray gigi berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut.
Kira-kira 0.2 sehingga 1% pesakit berisiko mengalami kecederaan membabitkan saraf deria rasa pada lidah, bibir, pipi dan rahang bawah. Dan pembedahan perlu lah dilakukan oleh doktor yang mahir dalam pembedahan untuk mengelakkan risiko yang tidak diingini berlaku.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia