Hari Nuzul Al-Quran 2022 & Tarikh Cuti Umum Negeri Di Malaysia

HARI NUZUL QURAN 2022 & TARIKH CUTI UMUM NEGERI DI MALAYSIA

Tarikh 17 Ramadan setiap tahun merupakan satu tarikh penting kepada umat Islam seluruhnya, bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia memperingatinya.

Tahukah anda apakah tarikh besar itu?

Ya, 17 Ramadhan itu adalah suatu peristiwa ‘Nuzul al-Quran’, di mana ianya suatu rakaman sejarah kehidupan junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW.

*Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa Nuzul Quran terjadi pada malam Isnin, 24 Ramadan, bersamaan 13 Ogos 610 M.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Hari Nuzul Al_Quran dan tarikh sambutannya bagi tahun 2022 ini untuk makluman bersama.

Apakah Nuzul Quran?

Sejarah Nuzul Quran (penurunan wahyu al-Quran) merupakan sebuah sejarah yang hebat menjadi panduan dan perlembagaan kepada seluruh umat Islam.

Nikmatnya Ramadan ini, Allah menyediakan ganjaran rahmat, maghfirah (keampunan) serta pembebasan daripada api neraka dan banyak lagi ganjaran lainnya.

Mengenai ganjaran bagi amalan berpuasa ini, terdapat sebuah Hadis Qudsi:

كل عمل ابن آدم له إلا الصوم فإنه لي وأنا أجزي به

“Setiap amalan manusia adalah untuknya kecuali puasa, sebab ia hanyalah untuk-Ku dan Akulah yang akan memberikan ganjaran padanya secara langsung.”

(Hadis Riwayat Bukhari dalam Shahihnya: 7/226 dari hadis Abu Hurairah R.A)

Selain itu, penurunan Al-Quran juga berlaku pada bulan Ramadhan, iaitu pada malam Jumaat, 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610 M, tahun ke-41 keputeraan baginda Nabi SAW, ketika sedang beribadat di Gua Hira’.

SEJARAH BERLAKU PERANG BADAR PADA 17 RAMADAN

Pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali sebagai Perang Badar al-Kubra.

Badar ialah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dengan Makkah.

Peperangan itu melibatkan tentera Islam seramai 313 orang anggota yang diketuai oleh Rasulullah SAW berhadapan dengan 1,000 orang anggota tentera Musyrikin Makkah yang lengkap bersenjata.

Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 orang tentera Musyrikin terbunuh. 70 orang lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Tarikh Cuti Umum Nuzul Al_Quran Bagi Negeri Di Malaysia

Di Malaysia, pada tahun 2022 ini sambutan Nuzul Al_Quran akan disambupada 19 April 2022, iaitu bersamaan 17 Ramadan 1443H.

Hari Nuzul_Quran ini merupakan cuti umum bagi negeri-negeri berikut:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
  • Kelantan
  • Pahang
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Selangor
  • Terengganu

Perkara ini dimaklumkan melalui Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan melalui Jadual Hari kelepasan Am Negeri 2022:

JADUAL HARI KELEPASAN AM NEGERI 2022

cuti 2022
cuti 2022

Untuk memudahkan anda mencetak, sila muat turun jadual penuh dalam versi PDF di bawah:

Sumber : http://www.kabinet.gov.my/bkpp/index.php/perkhidmatan/hari-kelepasan-am

MUAT TURUN PDF

Untuk memudahkan perancangan anda, di sini kami lampirkan bersama kalendar bagi bulan April 2022 dan senarai cuti umum bagi bulan tersebut.

Senarai Cuti Umum Negeri Bulan April 2022

  • 3 April 2022 (Ahad) : Awal Ramadhan* – Johor, Kedah dan Melaka
  • 15 April 2022 (Jumaat) : Good Friday – Sabah dan Sarawak
  • 15 April 2022 (Jumaat) : Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
  • 19 April 2022 (Selasa) : Hari Nuzul Al-Quran – Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu
  • 26 April 2022 (Selasa) : Hari Keputeraan Sultan Terengganu-Terengganu

Untuk melihat senarai cuti dan Kalendar 2022, sila rujuk : Kalendar 2022 & Tarikh Cuti Umum / Cuti Sekolah KPM (Dikemaskini)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *