Selit Di Pelapik Roadtax, Lelaki Kongsi Cara Praktikal Tampal RFID

Lifehack: Cara Praktikal Tampal RFID, Elak Terkoyak & Rosak. Boleh Guna Untuk Banyak Kereta!

Sudahkan anda bertukar ke RFID?

Dengar kata, ramai yang mengalami masalah hingga terpaksa buka sticker tu sebab tersilap tampal dan tak boleh detect di tol.

Bagi yang belum tahu, sticker atau pelekat RFID ni boleh terkoyak dan rosak jika ia ditanggalkan.

Jadi bagaimana cara nak tampal pelekat RFID ni dengan mudah dan praktikal?

Jom tengok perkongsian berikut:

Cara Tampal RFID Dengan Mudah & Praktikal

Saya share sikit cara saya tersendiri menggunakan RFID. Rasa ramai buat cara ni. Masing-masing ada cara tersendiri.

First and foremost RFID ni di design boleh tampal sekali sahaja dan tidak boleh di kopek.

Jadi saya nak jimat kos dan nak guna pakai kat kereta lain saya tak kopek dari stickernya dan hanya selitkan di pocket pelapik roadtax.

LANGKAH 1

Lepas anda terima set RFID, installed dan linkkan dengan e-wallet anda.

Rujuk cara aktifkan RFID online: Cara Daftar & Aktifkan RFID Di Kereta Anda

LANGKAH 2

Jangan kopek dari sticker sedia ada dan sebaiknya test dahulu letak atas dashboard supaya kita tahu tinted yang kita pakai boleh melepasi scanner RFID tak.

(Refer gambar kedua) kalau dah testing ok tiada masalah maka boleh selitkan pada roadtax kalian.

LANGKAH 3

Jadi saya dah test dan lepas tinted saya selitkan pada pelapik roadtax seperti Gambar ke 3.

LANGKAH 4

Tara siap seperti gamba ke empat. Saya pakai bertahun dah tak penah rosak dan mudah.

Takyah fikir beli batteri and pikir smart tag dalam kereta jika tak sorok sebab ramai panjang tangan.

Jujur saya katakan selama pakai tak pernah bermasalah walaupun hujan lebat. Yang masalah dulu e wallet abis credit.

Selamat Mencuba!

Try la mencuba dari asyik complain. Dulu pakai smart tag bertumbun korang complain. Mahal lah, batteri cepat abis la, tak detect la. Benda dah murah pun nak complain jugak.

Apapun, selamat ber-RFID!

Kredit sumber asal: Afiz Ayub

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: