0.9% Lagi Boleh Rentas Negeri, Berkuatkuasa Seluruh Negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran rentas negeri terkini yang akan diumumkan tidak lama lagi, berkuat kuasa serentak di seluruh negara.
Beliau berkata, kebenaran serentak itu susulan kebanyakan negeri dijangka mencapai kadar vaksinasi populasi dewasa 80 peratus di samping purata vaksinasi individu berusia 18 tahun ke atas di seluruh negara mencapai 90 peratus.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat bersabar sementara menunggu kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus dan akan mengumumkan kebenaran rentas negeri dalam tempoh terdekat.
Baca juga: Maulidur Rasul 2021: Tarikh Sambutan, Tema, Teks / Skrip Selawat Nabi
Kadar populasi dewasa lengkap vaksinasi negara mencatatkan 89.1 peratus setakat malam tadi.
Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my/, peratusan itu merangkumi 20,856,337 inidividu dewasa lengkap vaksinasi.
Sebanyak 1,296,965 atau 5.5 peratus individu populasi dewasa pula belum lengkap vaksinasi atau menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Perkembangan itu menyaksikan berbaki 0.9 peratus untuk menyasar kadar lengkap 90 peratus vaksinasi Covid-19 populasi rakyat berusia 18 tahun ke atas.
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri sebelum ini telah memutuskan kebenaran rentas negeri terkini akan dilaksanakan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM).
Sumber: Utusan Malaysia
Baca juga: SAVE 2.0: Cara ‘Claim’ Voucher RM200 Barang Elektrik Shopee Untuk Semua Rakyat Malaysia