SAVE 2.0: Cara ‘Claim’ Voucher RM200 Barang Elektrik Shopee Untuk Semua Rakyat Malaysia

Program SAVE 2.0 merupakan inisiatif oleh SEDA dengan kerjasama oleh Shopee Malaysia dan ia telah dibentangkan dalam Belanjawan 2021 yang lalu.

Dengan mendaftar untuk PROGRAM SAVE 2.0 di Shopee, anda boleh tuntut baucar RM200 untuk digunakan pada penghawa dingin dan peti sejuk yang cekap tenaga.

Daftar cepat sebab baucar ini diberikan berdasarkan first come, first serve!

Jom kami kongsikan info lanjut tentang Program SAVE 2.0 ini.

program save 2.0 shopee rm200

Apakah Program SAVE 2.0?

Ialah sebuah program pemberian e-rebat kepada isi rumah yang membeli peralatan elektrik penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 bintang atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Objektif Program

  • meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli kelengkapan elektrik cekap tenaga yang akan menjimatkan tenaga elektrik pengguna terutamanya pengguna domestik
  • meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf 5 bintang dan 4 bintang dan peralatan cekap tenaga di pasaran

Baca juga: Cara Beli Rumah Guna Duit KWSP, Tak Perlu Tunggu Umur 50 Tahun!

Syarat Kelayakan

Siapa yang boleh mendapatkan voucher RM200 Program SAVE 2.0 ini?

Berikut adalah syarat / kriteria kelayakan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pengguna / pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, SEB
  3. Menggunakan e-Rebat untuk pembelian penyaman udara ATAU peti sejuk berlabel 4 bintang ATAU 5 bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021
  4. 1 akaun bil untuk 1 e-Rebat (siapa cepat dia dapat)

Cara Dapatkan Voucher RM200 Shopee Melalui Program SAVE 2.0

Untuk mendapatkan baucar ini, anda hanya perlu mendaftar dengan langkah ini:

  1. Pergi ke pautan https://shp.ee/my99npj
  2. Cari barang yang berlabel SAVE 2.0 di Shopee
  3. Chat dengan seller supaya mengaktifkan penebusan voucher RM200 SAVE 2.0 untuk anda.
  4. Seller akan memberikan kod voucher untuk anda isikan ketika Check Out.
  5. Isikan kod yang diberikan dan baucar RM200 akan ditolak daripada harga asal bagi permohonan yang diluluskan.

(Sila rujuk langkah bergambar di bawah)

Tunggu permohonan diproses. Voucher RM200 akan diberikan di Shopee seperti di bawah. Nanti boleh check, ok!

Jika diluluskan, kita bolehlah membeli mana-mana barangan elektrik jimat tenaga melalui Shopee dengan menggunakan voucher tersebut.

Boleh rujuk info penuh di link https://shopee.com.my/m/program-save di bawah.

Baca juga: Cara Buat Potongan Gaji Setiap Bulan Ke Tabung Haji (Direct Debit)

Senarai Barang Elektrik Cekap Tenaga

OK, mungkin ramai nak tahu barang elektrik apa yang dikira sebagai ‘Cekap Tenaga’?

Berdasarkan Peraturan Elektrik 1994 (Pindaan 2013) Peraturan 101A (3) “Mana-mana peralatan yang memenuhi semua keperluan penggunaan elektrik yang cekap di bawah sub peraturan (1) hendaklah dilekatkan dengan label penilaian kecekapan dalam bentuk dan cara yang mungkin ditentukan oleh Suruhanjaya. ”

Semua pengeluar dan pengimport, mesti melekatkan Label Kecekapan Tenaga pada produk sebelum dapat dijual kepada pelanggan.

Ini label ‘Cekap Tenaga’ yang ada dilekatkan pada semua peralatan elektrik.

Kalau ikut terma dan syarat voucher ni, kita kena pilih sekurang-kurangnya yang 4 bintang ok!

Kalau nak tengok senarai lengkap barang elektrik cekap tenaga, boleh rujuk di senarai ‘Approved MEPS Appliance’ oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia ini: http://edik.st.gov.my/publicenquiry/search.aspx

Rujuk gambar di bawah ni:

senarai barang elektrik cekap tenaga energy efficient
senarai barang elektrik cekap tenaga energy efficient

Kita boleh tengok senarai model barangan yang kita nak cari dan boleh guna voucher SAVE 2.0 tadi.

senarai barang elektrik cekap tenaga energy efficient

Cara Dapatkan Voucher Secara Manual (Pembelian Terus di Kedai)

Bagi anda yang lebih suka pilih sendiri dan membeli barangan elektrik di kedai, anda boleh menebus voucher SAVE 2.0 ini di kedai-kedai elektrik terpilih.

Caranya begini:

  • Anda hanya perlu membawa bil elektrik terkini dan membuat pembelian secara fizikal di kedai-kedai elektrik/pasar raya berdaftar di bawah Program SAVE 2.0.
  • E-rebat melalui pembelian secara fizikal boleh dinikmati mulai 7 Januari 2021.

Untuk menyemak senarai kedai elektrik atau pasar raya yang berdaftar di bawah Program Save 2.0 sila klik pautan berikut :https://save.seda.gov.my/publics/retailer

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.seda.gov.my/saveprogram/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: