Subsidi RM200 Baucar Pelancongan Selangor 2021 (Tebus Dari 8-31 Januari)
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor dan Tourism Selangor telah melancarkan Baucar Pelancongan Selangor sebanyak RM200.00
Melalui pelaksanaan Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!”, inisiatif ini adalah sebagai langkah proaktif Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri untuk merancakkan industri pelancongan Negeri Selangor.
Jom ketahui lebih lanjut tentang baucar ini, manfaatnya dan cara untuk menebusnya.
Apakah Baucar Pelancongan Selangor 2021?
Umum mengetahui, industri pelancongan merupakan antara yang paling terjejas ekoran impak dari pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Sebahagian operator pelancongan perlu menutup operasi atau beroperasi tanpa keuntungan dan golongan yang bergantung pada industri pelancongan pula terjejas pendapatan, malah ada yang hilang mata pencarian.
Memahami situasi ini, Kerajaan Negeri Selangor telah menjadi pendahulu dalam pelaksanaan dua Pakej Rangsangan Ekonomi dan juga Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020 yang telah diumumkan oleh YAB. Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor pada 13 Julai lalu. Antara yang digariskan dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020 adalah Pakej Bantuan Sektor Pelancongan dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM 2,600,000.00.
Pakej Bantuan Sektor Pelancongan ini turut merangkumi penerbitan subsidi “Baucar Pelancongan Negeri Selangor” dengan nilai peruntukan sebanyak RM 2,000,000.00.
Penebusan subsidi baucar pelancongan ini akan membuka promosi jualan di kedua-dua landasan e-dagang tersebut bermula pada 8 hingga 31 Januari 2021 dengan tempoh sah-laku bagi pakej yang telah dibeli sehingga 30 Jun 2021.
Syarat Kelayakan
Pengguna yang layak untuk mendapat Subsidi Baucar Pelancongan Negeri Selangor adalah yang memenuhi kriteria berikut:
- Orang awam berstatus warganegara atau Pemastautin Tetap Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
- Setiap pengguna yang layak akan menerima subsidi Baucar Pelancongan Negeri Selangor bernilai RM200.00 secara sekali gus (“one-off”)
- Baucar adalah dalam bentuk nilai mata elektronik e-dompet (Touch n’ Go e-Wallet) dan / atau e-baucar (Lazada Malaysia).
- Setiap pengguna yang layak hanya berhak membuat sekali penebusan sahaja.
*Baucar ini perlu digunakan bagi pakej-pakej pelancongan terpilih yang akan melalui penyenaraian di aplikasi dompet elektronik Touch ‘n Go eWallet dan aplikasi ‘marketplace’ Lazada Malaysia melalui capaian khas pautan sesawang mikro ‘Kempen Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!’.
Baca juga: Bantuan Prihatin Rakyat: Daftar Sebelum Hujung Januari 2021
Tempoh Penebusan
Tempoh penebusan Subsidi Baucar Pelancongan Negeri Selangor adalah mulai 8 sehingga 31 Januari 2021.
Tempoh Sahlaku
Tempoh sah laku penggunaan pakej pelancongan yang telah dibeli adalah sehingga 30 Jun 2021.
Cara Membuat Penebusan Baucar Pelancongan Selangor 2021
- Penebusan baucar RM200 ini boleh dibuat secara online mulai 8-31 Januari melalui
- Pengguna yang membuat penebusan hendaklah mengemukakan MyKad yang sah atau dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Malaysia atau Pas Kerja atau apa-apa dokumen yang sah.
- Tempoh sahlaku pakej yang ditawarkan melalui baucar ini adalah sehingga 30 Jun 2021
NOTA: Baucar Pelancongan Selangor berdasarkan “First Come & First Served Basis” (siapa cepat, dia dapat).
Ingat! First Come, First Served tau, jadi jangan lupa tebus dulu supaya tak terlepas peluang ini.
Baca juga: Program SAVE 2.0: Cara ‘Claim’ Voucher RM200 Barang Elektrik Shopee
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Kempen “Jom Pusing Selangor Dulu!”, sila rujuk hantaran Facebook oleh Tourism Selangor di pautan ini:
Dapatkan info terkini tentang Baucar Pelancongan Selangor RM200.00 melalui Touch n’ Go e-Wallet & Lazada Malaysia: