Bantuan Prihatin Rakyat: Daftar Sebelum Hujung Januari 2021
Makluman buat yang tertanya-tanya tentang update terbaru Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 pada Jumaat, 6 November lalu.
Pendaftaran baharu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka sebelum hujung Januari 2021, kata Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican menerusi laporan BERNAMA, 9 November 2020.
Menurut beliau, ini adalah bagi memberi peluang kepada mereka yang layak tetapi belum mendaftar untuk memohon BPR.
Tarikh Pendaftaran & Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat
Dalam laporan tersebut, BPR dengan peruntukan RM6.5 bilion akan memanfaatkan 8.1 juta rakyat Malaysia berbanding peruntukan Bantuan Sara Hidup (BSH) RM5 bilion dengan memanfaatkan 4.3 juta rakyat Malaysia.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa pembentangan Belanjawan 2021 mengumumkan BSH diganti kepada BPR yang diperluas dan ditambahbaik.
Johan berkata, bayaran BPR akan dibuat dua kali dengan yang pertama sebelum Hari Raya 2021.
Baca juga : Ringkasan Belanjawan 2021 Yang Mungkin Anda Terlepas
Kerajaan Bersedia Menambah Peruntukan Jika Perlu
“Kerajaan pada masa ini berpendapat adalah wajar kita kembali kepada keadaan sebelum ini semasa pelaksanaan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dimana ia dibuka untuk semua bujang 21 tahun ke atas,” katanya.
Di bawah BPR, berikut adalah kelayakan yang ditetapkan:
- KATEGORI ISI RUMAH
- KATEGORI PERTAMA: Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500
- Yang mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200,
- Yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima sebanyak RM1,800.
- KATEGORI KEDUA: Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000
- Yang mempunyai sehingga seorang anak pula akan menerima bantuan sebanyak RM800,
- Yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima RM1,200.
- KATEGORI KETIGA: Kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000
- Yang mempunyai sehingga seorang anak akan menerima RM500
- Yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima bantuan RM750
2. KATEGORI BUJANG
- Bagi individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah
- Berumur 21 tahun ke atas
- Layak menerima bantuan RM350.
Johan juga berkata, kerajaan turut bersedia menambah peruntukan di bawah BPR jika perlu untuk terus membantu golongan itu sekiranya permohonan melebihi jangkaan.
Baca juga: BPR 2021: Semakan Kelayakan Mengikut Kategori Isi Rumah / Bujang
Kerajaan Tidak Mengabaikan Golongan M40
Menariknya, dalam laporan tersebut, beliau juga ditanya mengenai golongan M40 yang tidak berpuas hati kerana berpendapat belanjawan itu hanya menjaga B40.
Menjawab isu berkenaan, Johan Mahmood Merican berkata, menjadi keutamaan bagi kerajaan untuk membantu mereka yang susah terutamanya isi rumah tergolong kategori miskin dalam menghadapi cabaran masa kini.
“Tetapi itu tidak bermaksud kerajaan mengabaikan nasib M40. Selain daripada pengumuman cukai dikurangkan satu mata peratusan bagi individu yang berpendapatan bercukai dengan julat RM50,001 hingga RM70,000, beberapa lagi dari segi pelepasan cukai telah diumumkan yang bakal membantu M40 dari segi potongan cukai gaya hidup yang dinaikkan daripada RM2,500 kepada sehingga RM3,000,” katanya.
Cara Pendaftaran Bantuan Prihatin Rakyat
Cara pendaftaran Bantuan Prihatin Rakyat belum lagi diumumkan buat masa ini.
Namun seperti yang kita sedia maklum, sebuah portal khusus akan dilancarkan untuk menguruskan segala hal berhubung bantuan ini.
Sebarang maklumat terkini akan diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk teks ucapan lengkap oleh Menteri Kewangan di laman web rasmi Kementerian Kewangan di SINI.