Menu Rahmah RM5 : Senarai Menu & Premis Terlibat – KPDN

PELANCARAN INISIATIF MENU RAHMAH BAGI MEMBANTU GOLONGAN YANG MEMERLUKAN

SUBANG JAYA, 31 JANUARI 2023, SELASA– YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini telah menghadiri dan merasmikan Menu RAHMAH di Pasar Raya MYDIN Subang Jaya, Selangor.

Pelancaran Menu RAHMAH ini merupakan salah satu inisiatif baharu dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat, susulan daripada libat urus industri yang dilaksanakan pada 26 Januari 2023 bersama wakil-wakil persatuan restoran seperti Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors General Association (MCSPGA), Bumiputra Retailers Organization (BRO), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), dan Malaysia Retailers Association (MRA).

Apakah Menu Rahmah?

Menu RAHMAH merupakan makanan tengah hari atau malam yang seimbang dan merangkumi nasi, satu pilihan protein seperti ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan iaitu pada harga RM 5.00 sepinggan.

Dengan tawaran harga menu yang sangat berpatutan ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

Menu RAHMAH ini merupakan kerjasama sinergi antara kerajaan bersama pemain industri makanan dan minuman yanag akan diperluaskan diseluruh negara dalam masa terdekat.

KPDN menyeru lebih ramai lagi pemain industri khususnya pengusaha restoran supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan untuk menjayakan aspirasi ini.

Turut hadir sama, YB Puan Dr Siti Mariah Binti Mahmud- EXCO Negeri Selangor, YBhg. Datuk Wira (Dr.) Hj. Ameer Ali Bin Mydin-Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), YBhg. Datuk Roziah binti Abudin-Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri), Pengarah-Pengarah Negeri & Bahagian KPDN serta Pegawai Kanan Kementerian.

Senarai Menu Rahmah Di Mydin

Dengan harga RM4.90, anda akan dapat set makanan tengahari / malam yang cukup sedap dan istimewa SETIAP HARI dengan menu berbeza.

Yang paling penting, dapat berjimat!

Anda boleh mendapatkannya di Ready-To-Eat section di Pasar Raya Besar MYDIN terpilih.

Rujuk senarai menu di bawah:

Sumber : MYDIN Malaysia, KPDN Laman Rasmi

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: