Terpaksa Kutip Biskut Dalam Air Masin Sebab Lapar. Baca Luahan Ibu Tunggal Ini

Tular di laman sosial Facebook mengenai kisah sedih sebuah keluarga susah mendapat perhatian netizen.

Berasarkan siaran yang dikongsi oleh Facebook Group Sandakankini, keluarga ini hanya tinggal ibu bersama tiga orang anak setelah bercerai dengan bekas suami.

Disebabkan oleh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia, wanita tidak dapat bekerja untuk menanggung kehidupan beliau serta anak-anak seperti beras dan susu.

Akibatnya, anak-anak kelaparan dan ada yang terpaksa mengutip biskut di dalam air masin untuk di makan.

Di bawah ini luahan beliau seperti yang dikongsikan.

“Assalamualaikum kepada hamba hamba Allah,

Saya di sini ingin la meminta pertolongan makanan seperti beras dan susu anak anak saya sudah menahan lapar dari semalam sampai lah anak saya satu orang itu memungut biskut dalam air masin disebabkan terlalu lapar sudah dan itu la yang oleh tiga adik beradik sebungkus biskut.

Tolong lah hamba hamba Allah. Saya mohon beri lah kami sedikit makanan walaupun beras sahaja asal ada untuk di isi perut anak-anak saya.

Saya ini hanya seorang ibu tunggal kepada anak anak saya tiga orang saya sudah lama bercerai dengan suami saya hanya saya seorang saja yang menanggung anak saya dan kini saya terpaksa memohon di dalam FB. Ini kerana saya sudah tak tahu mau buat apa lagi sebab PKP ni saya tak boleh bekerja lagi.

Semoga ada yang sudi membntu saya dan anak anak saya walaupun dari segi makanan sahaja dan mengharap sangat pertolongan dari hamba Allah. Semoga lah ada yang sudi menolong anak anak saya no hp 01125377619 alamat kg Sandakan jalan taman harmoni sekian terima kasi.” – luahan Ibu Tunggal 3 Anak.

Info yang diberi :

  • Nombor telefon : 01125377619
  • Alamat : Kg Mangkalinau Batu 3, Jln Bomba Sedco, 90000,Sandakan Sabah.
  • Jenis Bantuan diperlukan : Bekalan Makanan

Bagi yang ingin tampil memberikan bantuan. Sila hubungi dahulu untuk memastikan orang yang ingin dibantu adalah orang yang sama.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: