in ,

Tinggalkan Anak Sendirian Dalam Kereta Adalah Satu Kesalahan – PDRM

tinggalkan anak dalam kereta
ADVERTISEMENT

HENTIKAN TABIAT TINGGALKAN ANAK KECIL SENDIRIAN DALAM KERETA / KENDERAAN

Mungkin bagi sesetengah kita dah menjadi perkara biasa tinggalkan anak sekejap dalam kereta untuk beli barang atau singgah di mana-mana kedai.

ADVERTISEMENT

Tapi tahukah anda, ia adalah satu kesalahan jenayah dan anda boleh didakwa sekiranya didapati melakukannya.

Perkara ini dimaklumkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam sebuah hantaran di media sosial Facebook.

tinggalkan anak dalam kereta

Baca juga:

Menurut hantara tersebut, PDRM mengingatkan bahawa kecuaian individu meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan tanpa pengawasan adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Jika disabitkan kesalahan, akan didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Telah banyak kes-kes yang berlaku di mana ibu bapa terlupa anak-anak mereka yang ditinggalkan dalam kereta hingga ada antara mereka yang maut akibat kekurangan oksigen atau mengalami kemalangan apabila cuba menggerakkan kenderaan sendiri.

Walaupun tingkap dibuka, ia tidak membantu haba untuk mengalir keluar dan strok haba juga tetap boleh menyerang pada bila-bila masa.

Malah, sebuah kenyataan mendapati cuaca di Malaysia boleh menyebabkan suhu badan anak boleh meningkat sehingga 70% dalam masa 1 jam sahaja.

Ternyata, ia adalah perbuatan yang amat merbahaya dan tidak patut menjadi kebiasaan kita.

Infografik oleh BERNAMA

Tiada alasan! Tiada kompromi!
Kealpaan anda boleh membawa padah.

Jangan sesekali kita ambil ringan.

Jom kongsikan pesanan khidmat masyarakat ini agar lebih ramai yang alert dan ambil tahu ok.

Sumber: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tarikh spm 2021 2022

TERKINI: Tarikh Peperiksaan SPM, STAM & UPBA 2021 / 2022 – KPM

Rumput Helikopter / Pendul Untuk Kucing Sakit Parvo, Demam, Selesema