Mayat Lelaki Lemas Di Tasik Kenyir Ditemui Pagi Ini

Seorang pemuda berusia 22 tahun yang baru mendirikan rumah tangga seminggu yang lalu dikhuatiri lemas di Sungai Petuang, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu telah ditemui pagi ini.

Mayat Ami Azzizol dijumpai terapung pada pukul 7.10 pagi kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia dilihat tenggelam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, mayat Ami Azzizol yang berasal dari Sungai Buaya, Dungun dijumpai seorang pengusaha rumah rakit.

“Dia kemudiannya memaklumkan penemuan itu kepada pihak berkuasa sebelum anggota Polis Gerakan Marin bergegas ke lokasi kejadian.

“Mayat mangsa yang terapung di permukaan tasik telah diangkat anggota bomba sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, abang mangsa, Amir Amizi,33, berkata, adik lelaki bongsunya baru bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah Dungun pada 21 Mac lalu sebelum diraikan pada majlis sambut menantu pada hari yang sama.

Menurutnya, Ami Azzizol dan isteri bercuti ke Tasik Kenyir bagi meraikan perkahwinan mereka bersama keluarga mentuanya yang menetap di Rasau, Dungun, semalam.

lelaki lemas di tasik kenyir
Kredit: Info Bencana Terengganu

Difahamkan sebelum kejadian yang berlaku pada 5.50 petang itu, beberapa saksi termasuk ahli keluarga Ami Azzizol melihat lelaki itu berenang dari sebuah rumah rakit ke dalam Sungai Petuang untuk mandi.

Namun, Ami Azzizol dilaporkan lemas dipercayai akibat kekejangan otot.

Seorang daripada saksi iaitu anak pemilik rumah rakit cuba memberi pertolongan namun hampir lemas kerana mangsa memaut belakang saksi yang cuba membantu.”Mangsa terus tenggelam dan tidak dapat diselamatkan,”.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: