Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 KGT Penjawat Awam

Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk meneruskan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam gred 11 hingga 56, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan juga bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah dan sebanyak RM350 kepada satu juta pesara kerajaan.

“Kerajaan Perpaduan ini amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” kata beliau ketika membentangkan peruntukan khas (Bajet Mini) di Dewan Rakyat.

Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 itu melibatkan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650.

Di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, beberapa inisiatif diumumkan untuk penjawat awam antaranya tambahan khas RM100 dalam Bayaran KGT mulai Januari depan dan pemberian BKK Tahun 2023 sebanyak RM700 pada Januari.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) turut menyeru kerajaan baharu di bawah pimpinan Anwar supaya mengekalkan semua inisiatif untuk penjawat awam yang telah diumumkan kerajaan terdahulu.

Presidennya Datuk Adnan Mat dilaporkan berkata inisiatif yang telah diumumkan melalui Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-18 pada 30 Ogos dan pembentangan Bajet 2023 pada 7 Nov lepas, adalah suatu yang telah dijanjikan oleh kerajaan selaku majikan kepada penjawat awam.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas Penjawat Awam (KGT) bagi tahun 2023 yang diumumkan dalam Mini Bajet yang lalu.

Apakah Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas Penjawat Awam?

Pemberian KGT Tambahan Khas sebanyak RM100 kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi tahun 2023.

PELAKSANAAN

  • Gaji hakiki pegawai pada 31 Disember 2022 + KGT Tambahan Khas(RM100) pada 1 Januari 2023
  • Amaun gaji tersebut kekal dalam gaji hakiki pegawai
  • Pemberian KGT Tambahan Khas tidak mengubah Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) dan Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) pegawai, tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuatkuasa.

TARIKH BERKUATKUASA

1 Januari 2023

PEGAWAI YANG LAYAK

  • Pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
  • Bertaraf tetap, sementara dan kontrak (Contract of Service); dan
  • Telah dilantik sebelum 1 Januari 2023 dan sedang berkhidmat pada 1 Januari 2023

PERTANYAAN LANJUT

[email protected]

SOALAN LAZIM

MUAT TURUN

  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2022
  2. Soalan Lazim
  3. Infografik
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: