in

Permohonan Temujanji ASNB Online Di Kaunter Cawangan Seluruh Negeri

temujanji asb online
ADVERTISEMENT

Kini para pelabur boleh tetapkan temujanji secara dalam talian untuk urus niaga bukan tunai terpilih seperti perkhidmatan perwarisan dan tuntutan harta pusaka di Cawangan ASNB.

Tetapkan tarikh dan waktu janji temu anda sekurang-kurangnya 24 jam sebelum sehingga 14 hari lebih awal.

Di sini kami kongsikan cara membuat permohonan temujanji ASNB online dan waktu operasi serta perkhidmatan kaunter cawangan di seluruh negeri di Malaysia.

Waktu Operasi Kaunter ASNB

Isnin – Ahad : 9.00 pagi – 3.00 petang

ADVERTISEMENT

(kecuali pada cuti umum kebangsaan dan cuti umum Wilayah Persekutuan)

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Antara jenis perkhidmatan yang ditawarkan di kaunter ASNB adalah:

  • Hibah Amanah / Pengisytiharan Amanah
  • Pendaftaran Akaun
  • Bantuan Khairat
  • Tuntutan Baki Pelaburan (Kematian)
  • Pengesahan Baki Pelaburan (Urusan Visa & Tender)
  • Akaun Bermasalah

NOTA:

Bagi urus niaga tunai seperti pelaburan tambahan dan pengeluaran, anda boleh terus ke Cawangan atau menggunakan kemudahan dalam talian menerusi myASNB atau perbankan internet.

Rujuk:

Cara Buat Temujanji Online Di Kaunter Cawangan ASNB

temujanji asnb

Untuk membuat temujanji online di kaunter cawangan ASNB, sila rujuk langkah berikut:

  1. Pergi ke laman web ASNB : https://www.asnb.com.my/
  2. Pilih menu Hubungi > Cawangan ASNB
  3. Pilih Negeri
  4. Klik butang Janji Temu
  5. Pilih Perkhidmatan
  6. Tetapkan Tarikh & Masa
  7. Isi maklumat peribadi anda dan klik Book
  8. Selesai! Anda akan menerima e-mel pengesahan. Sila tunjukkan e-mel ini ketika hadir ke cawangan ASNB yang telah ditetapkan dalam temujanji anda.

Rujuk langkah bergambar di bawah:

LANGKAH 1

Pergi ke laman web ASNB : https://www.asnb.com.my/

Tekan menu Hubuungi > Cawangan ASNB

temujanji asnb

LANGKAH 2

Pilih Negeri dan Cawangan ASNB yang terdekat.

Klik butang Janji Temu.

temujanji asb

LANGKAH 3

Pilih Perkhidmatan yang ingin dijalankan di kaunter ASNB.

janji temu asb

LANGKAH 4

Tetapkan Tarikh & Masa

temu janji asnb

LANGKAH 5

Isi maklumat peribadi anda dan klik Book

janji temu asb

LANGKAH 6

Anda akan menerima e-mel pengesahan. Sila tunjukkan e-mel ini ketika hadir ke cawangan ASNB yang telah ditetapkan dalam temujanji anda.

Selesai!

temujanji asnb online

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang urusan ASNB dalam tempoh PKP, sila rujuk saluran berikut:

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Resepi Yong Tau Foo Sayur. Sesuai Untuk Diet Rendah Karbo!

7 Restoran Makanan Cina HALAL Di KL Yang Anda Wajib Cuba