Skim Perubatan Madani Untuk B40: Semakan & Rawatan Percuma
Skim Perubatan Madani ~ Untuk makluman anda, kerajaan telah melancarkan satu inisiatif untuk membantu meningkatkan tahap rawatan kesihatan terutamanya bagi golongan yang kurang berkemampuan.
Skim ini memberi manfaat perkhidmatan kesihatan percuma kepada golongan yang berkelayakan yang terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) B40 bermula 15 Jun 2023 – 31 Disember 2023.
Berikut dikongsikan maklumat lebih lanjut mengenainya termasuklah syarat kelayakan dan cara membuat permohonan.
Pengenalan Skim Perubatan Madani
Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.
BACA JUGA: Waktu Operasi Baru Klinik Kesihatan KKM Terkini 2023
Lokasi
Fasa rintis Skim Perubatan MADANI ini akan dilaksanakan di lokasi berikut:
- Johor Bahru (Johor)
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Klang
- Petaling
- Hulu Langat
- Gombak (Selangor)
- Kinta (Perak)
- Timur Laut (Pulau Pinang)
- Kuching (Sarawak)
- Kota Kinabalu (Sabah)
Jenis Rawatan Ditawarkan
Skim ini memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama di antara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut.
Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:
- Demam dan selsema
- Cirit-birit dan muntah
- Terseliuh
- Sakit kepala
- Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain
Rawatan yang tidak termasuk adalah:
- Imunisasi rutin
- Saringan kesihatan
- Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
- Rawatan susulan ibu dan anak rutin
- Perancangan keluarga rutin
- Perkhidmatan rehabilitasi
- Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
- Permintaan suplemen
Syarat Kelayakan Skim Perubatan Madani
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2023 dan tanggungan mereka yang berdaftar bagi kategori berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
Kelayakan adalah secara automatik.
Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.
BACA JUGA: STR 2023: Cara Memohon, Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Fasa
Manfaat & Kategori Golongan Yang Berkelayakan
Skim Perubatan MADANI akan tersedia untuk kemudahan golongan yang berkelayakan bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023, mengikut kategori berikut:
Kategori (bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah) | Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung (RM) |
Isi Rumah Berkeluarga | RM250 |
Warga Emas (tanpa pasangan): 60 tahun ke atas | RM125 |
Bujang: 21-59 tahun & 19-59 tahun (bujang berstatus OKU) | RM75 |
Cara Memohon Skim Perubatan Madani
Langkah 1: Semak kelayakan anda di laman sini
Langkah 2: Hadir ke mana-mana General Practitioner (GP) yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat Skim Perubatan MADANI) dengan membawa kad pengenalan.
Langkah 3: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.
Langkah 4: Had manfaat skim anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan. Manfaat yang diterima adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak Protect Health Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari: https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/skim-madani.html
Atau, rujuk Soalan Lazim di pautan berikut: https://protecthealth.com.my/soalan-lazim/