Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA), RM100/bulan- Belanjawan 2024
Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA), RM100/bulan – Belanjawan 2024 | Dalam pembentangan Belanjawan 2024, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan untuk meneruskan pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: Sumbangan Tunai Rahmah 2024 – Kadar Sumbangan Dinaikkan – Belanjawan 2024
Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA)
Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan sumbangan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tergolong dalam kategori miskin tegar dalam bentuk bakul makanan/baucar bagi memenuhi keperluan barangan makanan asas.
Pemberian sumbangan ini bertujuan untuk meringankan kos sara hidup rakyat yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data eKasih. Penerima bantuan ini ditingkatkan daripada 200,000 pada 2023 kepada 700,000 penerima pada tahun 2024.
Syarat Penerima
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) – rujuk jadual di bawah;
Jumlah Bayaran
Pihak kerajaan memutuskan untuk memanjangkan tempoh bayaran selama 12 bulan berbanding hanya enam bulan sebelum, iaitu RM100 sebulan.
Ini bermakna, setiap penerima akan menerima RM1,200 setahun berbanding RM600 setahun sebelum ini.
Semakan Status
Anda boleh membuat semakan status melalui cara-cara di bawah:
- Layari portal semakan MyKasih di pautan berikut: https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa (-).
- Kemudian, masukkan captcha berdasarkan nombor dan angka yang diberi.
- Klik “Semak Status” untuk semakan.
- Semakan status penerima akan dipaparkan.
BACA JUGA: Diskaun Bayaran Balik PTPTN – Belanjawan 2024
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Belanjawan 2024, sila layari pautan berikut: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/
Atau, layari pautan berikut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SARA 2024: https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/