Ini Jumlah Terkumpul Dengan Hanya Menabung Tepi Mesin Basuh
Sejak di bangku sekolah lagi kita sudah dididik dengan amalan tabung menabung agar ada simpanan di hari tua kelak.
Sebenarnya banyak cara untuk kita menyimpan wang atau menabung.
Ada yang suka menyimpan wang di dalam bank. Dan ada juga yang suka menyimpan wang di dalam tabung.
Menerusi Facebook Muhammad Hassan telah berkongsi cara unik bagaimana isterinya menabung dan menyimpan wang dengan meletakkan tabung di sebelah mesin basuh.
Bagaimana pula boleh menabung di tepi mesin basuh? Jom kita baca penerangannya.
“Hari ini genap setahun wife saya menabung hanya ditepi mesin basuh sahaja. Tadi saya pecahkan tabung dengan arahan wife. Setelah dikira, jumlah duit terkumpul adalah sebanyak RM1424. (Tidak termasuk duit syiling)”.
Tips nya mudah.
Pertama: Pergi kedai DIY beli tabung yang murah dan tidak boleh dibuka,letak tepi mesin basuh.
Kedua: Sebelum basuh seluar dan baju suami,seluk dalam poket. Baca bismillah,insyaallah jumlah duit baki yang suami tinggal.
Ketiga: Maklumkan kepada suami yang kita letak satu tabung disebelah mesin basuh, jadi bila suami tiba tiba rajin, dia akan pergi masukkan duit baki beli barang, atau baki bayar tol.
Keempat: Jika terjumpa duit baki dalam kereta suami, dalam bilik, ruang tamu atau mana mana sahaja dalam rumah kita, sila ambil dan masukkan ke dalam tabung.
Kelima: Asalkan ada duit lebih sila masukkan dalam tabung, jangan dok gatal gatal nak simpan dalam poket balik. Cukup setahun pecahkan tabung dan kira. Setelah kira pergilah simpan dalam bank atau pergi beli rantai emas.
“Tadi wife saya cakap 10% sedekahkan kepada masjid“.
“Moga bermanfaat untuk mak mak sekalian”.
Sumber: FB Muhammad Hassan