in

6 Kategori Pelajar & SOP Pergerakan Pulang Kembali Ke Kampus

pelajar kembali ke ipt
ADVERTISEMENT

[Infografik] SOP & Pergerakan Pulang Pelajar IPT Kembali ke Kampus

Dimaklumkan bahawa tarikh pergerakan pulang pelajar kembali ke kampus secara bersasar mulai 15 hingga 20 Mei 2021.

3 kaedah pergerakan pulang pelajar ke kampus:

ADVERTISEMENT
  • 1) Menggunakan kenderaan sendiri
  • 2) Dihantar oleh ibu bapa atau penjaga
  • 3) Menggunakan bas yang diselaraskan oleh pihak IPT

Nota: Pergerakan pelajar menggunakan kenderaan awam TIDAK DIBENARKAN kecuali perkhidmatan penerbangan.

Hanya pelajar yang memasuki Sabah sahaja diwajibkan menjalani Ujian Swab RT-PCR atau RTK-Ag dalam tempoh tiga (3) hari sebelum pergerakan ke Sabah dan tertakluk kepada arahan semasa Kerajaan Negeri

Kos pergerakan kembali ke kampus, termasuk bagi menjalani ujian swab adalah di bawah tanggungan pelajar sendiri.

Baca juga: Cara Batalkan Jaringan Prihatin (Boleh Cancel & Tukar 3 Kali)

6 Kategori Pelajar IPT Berkeperluan

6 kategori pelajar berkeperluan yang terlibat adalah seperti berikut:

  1. Pelajar program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas;
  2. Pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian.
  3. Pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid.
  4. Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom.
  5. Pelajar Berkeperluan Khas (OKU); dan
  6. Pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional.

Pergerakan ibu bapa / penjaga pelajar yang perlu merentas daerah atau negeri perlu membawa bersama surat pelepasan perjalanan rentas daerah/negeri yang dikeluarkan oleh IPT dan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN.
TIDAK PERLU kebenaran daripada pihak polis.

Pelajar latihan industri dibenarkan pulang dan kembali ke tempat latihan mereka selepas tamat cuti Aidilfitri.

Bilangan ibu bapa/penjaga yang menghantar anak adalah tidak melebihi 2 orang sahaja tidak termasuk pelajar.

Tempoh masa maksima yang dibenarkan untuk menghantar anak adalah 2 hari dari tarikh yang dibenarkan.

Bagi pelajar yang kembali dari kawasan PKP, perlu menjalani proses pengasingan di kampus dan sekiranya bergejala perlu hadir ke klinik kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

Bagi pelajar yang telah menjalani Ujian Swab (RT-PCR) dan masih dalam tempoh 3 hari sebelum kembali ke kampus, pengecualian pengasingan boleh dipertimbangkan oleh pihak IPT.

sop pelajar ipt
Sumber: Facebook Kementerian Pengajian Tinggi
sop pelajar ipt

Maklumat lanjut, sila rujuk SOP Pergerakan Pelajar Pulang Ke IPT Dalam Tempoh PKP seperti di bawah:

AKTIVITI DAN PROTOKOL

TINDAKANPENERANGAN RINGKAS
Kawalan Pergerakan pelajar yang akan pulangPergerakan di dalam Semenanjung , Sabah dan Labuan Pergerakan dari Sabah dan Labuan ke SemenanjungPergerakan dari Semenanjung dan Sabah ke Labuan
Mengenal pasti pelajar yang akan pulangPelajar yang ingin pulang perlu mendaftar dengan pihak IPTSemua pelajar dibenarkan pulang kecuali lokaliti yang dikuatkuasakan PKPD dan negeri yang menguatkuasakan larangan pergerakanProses saringan kesihatan dilakukan sebelum pelajar memulakan pergerakan pulang
Penetapan tarikh pergerakan pelajar pulangIPT menentukan jadual pergerakan pelajar secara berfasa bermula 7 hingga 12 Mei 2021Kaedah pergerakan yang dibenarkan adalah seperti berikutPelajar pulang dengan menggunakan kenderaan sendiriIbu/ bapa/ penjaga datang mengambil pelajar di IPTIPT membantu menguruskan bas IPT/ bas sewa untuk pelajar pulang
Persiapan dokumenIPT mengeluarkan surat pelepasan perjalanan rentas daerah/ negeri kepada semua pelajar yang telah diberikan kebenaran pulang
Sistem pelaporan pergerakan pelajarIPT perlu membuat pelaporan kepada KPT secara harian berhubung jumlah pelajar yang telah bergerak pulang
Pengasingan pelajarPelajar dari kawasan PKP perlu membuat pemantauan gejala secara kendiri dan jika bergejala perlu hadir ke klinik kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan
TINDAKANPENERANGAN RINGKAS
Kawalan Pergerakan pelajar yang akan kembali ke kampusPergerakan di dalam Semenanjung , Sabah dan LabuanPergerakan dari Sabah dan Labuan ke Semenanjung Pergerakan dari Semenanjung dan Sabah ke Labuan
Penetapan tarikh pergerakan pelajar kembali ke kampusIPT menentukan jadual pergerakan pelajar secara berfasa bermula 15 hingga 20 Mei 2021Kaedah pergerakan yang dibenarkan adalah seperti berikutPelajar kembali dengan menggunakan kenderaan sendiriIbu/ bapa/ penjaga menghantar pelajar kembali ke kampusIPT membantu menguruskan bas IPT/ bas sewa untuk pelajar kembali ke kampus
Persiapan dokumenPelajar menggunakan surat pelepasan perjalanan rentas daerah/ negeri yang sedia ada
Pergerakan pelajar ke kampusUrusan pergerakan masuk pelajar mesti dipantau dan direkodPelajar menggunakan Aplikasi MySejahtera/ QR Code atau menulis secara manual nama dan no telefon
Proses saringan kesihatanProses saringan kesihatan dilakukan sebelum pelajar memasuki kampus
Sistem pelaporan pergerakan pelajarPihak IPT perlu membuat pelaporan kepada KPT secara harian berhubung jumlah pelajar yang akan kembali ke kampus
Pengasingan pelajarPelajar tidak perlu menjalani proses pengasingan kecuali pelajar yang tiba dari kawasan PKP
TINDAKANPENERANGAN RINGKAS
Kawalan Pergerakan pelajar yang akan pulang ke SabahPergerakan pulang ke Sabah
Mengenal pasti pelajar yang akan pulang ke SabahPelajar yang ingin pulang perlu mendaftar dengan pihak IPTSemua pelajar dibenarkan pulang kecuali lokaliti yang dikuatkuasakan PKPD dan negeri yang menguatkuasakan larangan pergerakanProses saringan kesihatan dilakukan sebelum pelajar memulakan pergerakan pulang
Penetapan tarikh pergerakan pelajar pulang ke SabahIPT menentukan jadual pergerakan pelajar secara berfasa bermula 7 hingga 12 Mei 2021Kaedah pergerakan yang dibenarkan adalah seperti berikut
Pelajar pulang dengan menggunakan kenderaan sendiriIbu/ bapa/ penjaga datang mengambil pelajar di IPTIPT membantu menguruskan bas IPT/ bas sewa untuk pelajar pulang
Persiapan dokumenIPT mengeluarkan surat pelepasan perjalanan rentas daerah/ negeri kepada semua pelajar yang telah diberikan kebenaran pulang
Sistem pelaporan pergerakan pelajarIPT perlu membuat pelaporan kepada KPT secara harian berhubung jumlah pelajar yang telah bergerak pulang
Ujian SwabSemua pelajar yang akan masuk ke Sabah melalui pintu masuk udara/ laut perlu menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag atau berdasarkan arahan Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa
TINDAKANPENERANGAN RINGKAS
Kawalan Pergerakan pelajar yang akan kembali ke kampusPergerakan kembali ke Sabah
Penetapan tarikh pergerakan pelajar kembali ke kampusIPT menentukan jadual pergerakan pelajar secara berfasa bermula 15 hingga 21 Mei 2021Kaedah pergerakan yang dibenarkan adalah seperti berikut
Pelajar kembali dengan menggunakan kenderaan sendiriIbu/ bapa/ penjaga menghantar pelajar kembali ke kampusIPT membantu menguruskan bas IPT/ bas sewa untuk pelajar kembali ke kampus
Persiapan dokumenPelajar menggunakan surat pelepasan perjalanan rentas daerah/ negeri yang sedia ada
Pergerakan pelajar ke kampusUrusan pergerakan masuk pelajar mesti dipantau dan direkodPelajar menggunakan Aplikasi MySejahtera/ QR Code atau menulis secara manual nama dan no telefon
Proses saringan kesihatanProses saringan kesihatan dilakukan sebelum pelajar memasuki kampus
Sistem pelaporan pergerakan pelajarPihak IPT perlu membuat pelaporan kepada KPT secara harian berhubung jumlah pelajar yang akan kembali ke kampus
Ujian SwabSemua pelajar yang akan masuk ke Sabah melalui pntu masuk udara/ laut perlu menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag
Pengasingan pelajarPelajar tidak perlu menjalani proses pengasingan kecuali pelajar yang tiba daripada kawasan PKP

Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ssf buy 1 free 1

SSF Buat Promo ‘Buy 1 Free 1’ Dari 14-31 Mei 2021 Untuk Semua Barang!

Dari 60 Kini 757, Pesakit COVID Di PKRC MAEPS Semakin Ramai