YB Khairy Jamaluddin Akan Jadi Individu Pertama Disuntik Vaksin Sinovac

Seperti yang diumumkan oleh YB Khairy Jamaluddin, beliau sedia menerima vaksin selain Pfizer bagi menambah keyakinan rakyat terhadap keberkesanan semua jenis vaksin yang digunakan di Malaysia.

Dalam sidang media terkini hari ini, beliau mengesahkan akan menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin keluaran China itu.

Berikut disertakan ringkasan intipati sidang media Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin 15 Mac 2021 hari ini.

  • Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat ini telah membuat janji temu kepada 391,877 individu.
  • 301,699 daripadanya telah menerima dos pertama vaksin Pfizer.
  • Malaysia hari ini menerima ketibaan 83,070 dos vaksin Pfizer dan 100,000 dos vaksin Sinovac.
  • Pada 22 Mac, negara akan menerima 124,020 dos vaksin Pfizer dan 100,000 vaksin Sinovac.
  • Pada 29 Mac, 125,190 dos vaksin Pfizer akan tiba di negara ini.
  • Proses vaksinasi menggunakan vaksin Sinovac akan bermula 18 Mac ini di Hospital Rembau.
  • Khairy Jamaluddin akan menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin keluaran China itu.
  • Pecahan kategori penerima vaksin sehingga 13 Mac (292,104 penerima) adalah seperti berikut:

i- Jururawat (23.86 peratus)

ii- Doktor (22.23 peratus)

iii- Kumpulan Kesihatan Lain (23.40 peratus)

iv- Kumpulan Keselamatan dan Penguatkuasa (21.33 peratus)

v- Doktor gigi (5.62 peratus)

vi- Ahli Farmasi (3.45 peratus)

vii- Anggota Pentadbiran dan Wakil Rakyat (0.11 peratus)

  • Terdapat 1.4 juta pengguna MySejahtera yang telah mendaftar untuk proses vaksinasi namun tidak lengkap.
  • Golongan ini didapati tidak menjawab soalan berkaitan penilaian kesihatan dan tidak memasukkan alamat semasa.
  • Proses pendaftaran lengkap diperlukan untuk mereka diberi janji temu di Pusat Pemberian Vaksin yang paling dekat.
  • Alamat pada MyKad tidak digunakan kerana rata-rata individu tidak tinggal pada alamat yang tertera dalam kad pengenalan.

Sumber: Astro Radio News

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: