Status Vaksin Akan Bertukar ‘Tidak Lengkap’ Jika Tidak Ambil Dos Penggalak

KUALA LUMPUR: Semua populasi berusia 60 tahun ke atas dan melengkapkan vaksinasi, tanpa mengira jenis vaksin serta penerima vaksin Sinovac yang berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan dos penggalak selewat-lewatnya Februari tahun depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya gagal, status vaksinasi mereka akan ditukarkan menjadi tidak lengkap.

“Sekiranya kumpulan individu yang dinyatakan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas bulan Februari 2022, status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap,” katanya pada sidang media di Parlimen di sini, pada Khamis.

Perkara ini dimaklumkan melalui kenyataan media rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini, 16 Disember 2021.

Dos Penggalak Perlu Diambil Untuk Kekalkan Status Vaksinasi Lengkap – KKM

dos penggalak
https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1471324373411766276

Baca juga:

Sehubungan itu, Khairy memberitahu, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega akan diwujudkan semula bagi mempercepatkan pelaksanaan program pemberian dos penggalak. Langkah ini akan dimulakan di Lembah Klang.

Kes Kedua Omicron Dikesan Di Malaysia

Dalam sidang media Menteri Kesihatan hari ini, KKM mengumumkan kes kedua Omicron di Malaysia melibatkan kanak-kanak perempuan warganegara berusia 8 tahun

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan akan mengumumkan lebih banyak negara berisiko tinggi yang akan dimasukkan dalam senarai dalam negara berisiko tinggi dengan terbaharu Nigeria dimasukkan.

Menurutnya, pengembara dari negara-negara itu akan dipakaikan gelang pengawasan digital sepanjang tempoh kuarantin.

“Bagi pengembara yang kembali dari United Kingdom (UK) mesti lakukan ujian pengesanan kendiri setiap hari sepanjang menjalani tempoh kuarantin dan melaporkan keputusan ujian tersebut dalam aplikasi MySejahtera, iaitu tujuh hari bagi yang telah lengkap vaksinasi dan 10 hari bagi yang tidak lengkap vaksinasi,” jelasnya.

Lapan negara yang dikenakan sekatan kemasukkan adalah Afrika Selatan, Botswana, Mozambique, Namibia, Malawi, Zimbabwe, Lesotho dan Estwatini.

Sementara sembilan negara yang disenaraikan sebagai negara berisiko tinggi dan memerlukan pengembara memakai peranti pengesanan digital adalah UK, Amerika Syarikat (AS), Denmark, Australia, Perancis, Norway, Kanada, India dan Nigeria.

Sumber: Astro Awani, Kementerian Kesihatan Malaysia

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: